LAST TIME IN SPACE

Video dedicate kat ex classmate yang dah lama tak jumpa..


REALITI YANG DI SEMBUNYIKAN

Makanan kita dimanipulate:



Sistem Kewangan:



fikir-fikirkanlah...

Dinar dan Dirham

Sejarah telah membuktikan bahawa duit kertas selalu gagal dalam nilai. Ini dipanggil dalam term inflasi yang bermaksud harga barangan naik apabila menggunakan wang kertas. Sejarah juga telah membuktikan bawaha jika kerap kali nilai duit jatuh, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap nilai duit kertas dan menyebabkan Hyperinflasi. Kerajaan dunia fikir yang mereka hanya perlu membalikkan ekonomi adalah dengan mencetak lebih banyak wang kertas.

Graf gambaran secara kasar. Actually emas stabil, duit kertas jatuh 10% dalam setahun, ASB plak naik 7.5% mengikut harga duit kertas pada masa itu. Kalau difikirkan, dividen ASB tuh pertambahan atau just nak bagi sama nilai yang dulu? then 7.5% tuh cukup tak nak cover balik kejatuhan duit sebanyak 10% tuh? (sila klik gambar kalau gambar kecik sgt)

Kerajaan hanya ada tiga sumber pilihan untuk mendapatkan duit iaitu dengan mengutip cukai, membuat hutang dan mencipta duit. So, dalam langkah untuk menyelamatkan ekonomi, mereka mesti menaikan cukai, membanyakan hutang dan susutan nilai mata wang.


Kejatuhan nilai wang kertas menyebabkan harga emas semakin melonjak naik, wang kertas merupakan hasil daripada sistem Illuminati yang merompak kuasa membeli kita. Alasan tertubuhnya wang kertas adalah mudah disimpan.

Setelah aku menerangkan/menyedarkan kebaikan menyimpan emas ni pada kolix2 sepejabat, semalam dengan kesedaran yang ada pada rakan sepejabat, salah seorang daripada mereka menyuruh aku mengorder 2 keping dinar. Oleh kerana member aku si Shafiruz ni adalah seorang agent Publicgold, dengan itu aku pun order la 2 keping dinar yang mase tuh harga sekeping RM636.

Lepas dah locked harga, malam semalam aku jumpa beliau di Restoren Rimba Klasik. Sambil2 itu dapatlah jugak aku mengushar beberapa sample dirham (perak/silver) daripada publicgold dan dirham kelantan. Boleh la tengok gambar yang aku lampirkan kat bawah ni.




Anda Stress?


pe kejadah nak makan labtop.. stress punye pasal la ni..

Untuk menjalani life yang makin mencabar ni pada abad 21 nie, stress sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita yang akan membuatkan korang rasa fed-up tentang keje yang korang buat. Kat sini yang dapat aku identify gejala-gejala yang menjadi korang stress adalah seperti korang akan cepat gelisah, slalu tido tak cukup, nak buat keje pon tak fokus dan kurang bekualiti seperti yang diharapkan oleh bos-bos besar, panas baran hempuk-hempuk dinding dan risau yang keterlaluan.

Antara punca-punca stress yang aku dapat kenal pasti adalah seperti:

Masalah Kewangan
Masalah kewangan yang membebani kehidupan korang, nak pikir bil itu, bil ini, bayar hutang sana-bayar utang sini.. pendek kata hutang tak abis -abis.

Menunggu lama
Ni pon boleh jadi faktor stress gak sebab menunggu terlalu lama macam tgh beratur Q panjang kat bas stand lepas tu tak pasal-pasal kene potong Q pulak, order roti canai kat mamak tak sampai-sampai sampai member lain dah selesai melantak atau alasan jiwang sket, tunggu awek korang yang tak sampai-sampai sebab make up nak macam pelakon opera tebalnye.

Konflik rumahtangga

Ni plak bagi pasangan yang dah kawin, asik nak bergaduh je kejenye... tak elok tuh..

Kene buli

Kene buli atau seperti senior suruh korang buat itu, buat ini, atau pun awek korang yang buli suruh beli itu ini.. ahaks..

Rasa rendah diri

Ini bukan bermaksud korang dibeza-bezakan dari segi ketinggian korang agak agak kurang tinggi tuh, tapi perasaan korang yang rasa tak hebat macam orang lain, ala biasa la tuh.. kene dibanding-bandingkan dengan orang lain.

Beban kerja
Tugasan yang diberi berlambak sampai kene buat over time, tido dalam opis pon ade gak untuk menyetelkan kerja-kerja yang ada..

Penyakit fizikal

penyakit ni macam-macam, tetapi fizikal la...

Kesesakan lalu lintas
Yela, orang Malaysia ni kaya-kaya, naik kereta sorang pun sorang satu, nak pegi kedai runcit pon naik Mercedes.. banyak duit la katekan..

Persekitaran yang tidak selesa
Tak selesa dengan keadaan sekeliling seperti keadaan yang sempit atau sebagainya.

Tragedi
Musibah yang berlaku kat korang..

Ape yang aku leh cadangkan untuk korang adalah 10 B, ape tuh 10 B? belia 4B ke?

Bertenang
Dalam apa jua keadaan, korang mesti bertenang dan belajar cara bertenang.. insyAllah reda skit stress korang tuh..

Bernafas dengan dalam
Korang boleh cuba tarik nafas dalam dalam then tahan untuk sebeberapa lama then lepas nafas korang.. ini merupakan satu senaman yang boleh mengurangkan stress dan juga merupakan satu senaman...

Berkata: relakslah
Cakap dengan diri sendiri dengan berkata relaks la.. alternatif untuk mengurangkan stress

Beribadat
Ingat Solat, slalu berdoa sure tenang...

Bercakap dengan seseorang
Korang boleh bercerita tetang stress korang dengan kawan rapat korang, parent or somebody yang boleh berkongsi cerita dan pengalaman, mane tau ade solution nak selesaikan stress tu kan..

Berurut

Manjakan diri tuh, pegi spa ke paling koman pon urut kat downtown, sejam sepuluh hinggit aje..

Berehat dengan mendengar muzik
Korang boleh berehat, pilih tempat yang tenang sambil dengar muzik yang tenang... jangan plak dengar lagu head banging mau lagik stress.. tapi nak dengar lantak la kalau korang suke..

Beriadah
Korang boleh try dengan berjogging kat taman-taman permainan, berlari setempat, lompat katak atau bawa sudu dalam guni

Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif dan yakin boleh..

Ini adalah antara tips-tips yang aku tau la... korang boleh cuba sebab time aku tulis mende ni pon aku dalam keadaan stress. Sebab aku tengah lapar.. stress stress..!!~


Tengok kucing comel boleh kurangkan stress jugak.. alololo..comelnye