bilakah




SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAMdol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"

huhuhu1

POSTING AKU YANG APE APE AJE...

bende ni aku dapat info tentang minyak memandangkan harga minyak dah semakin naik nie... leh elakkan la kalau nak save budget

Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line

(in black). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a

mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve

is opened (at the top of the station) to allow excess petrol to flow back into

the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning

you are donating the petrol back to SHELL/ PETRONAS/ CALTEX..........






ni plak peribahasa baru ...motif nak menyindir

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina
Maknanya : Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak diahinggap.
Maknanya : Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa :Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi
Mat Salleh plak...be proud of what you are.


Peribahasa : Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya : Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa : Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya : Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya : Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah
ke....kat tengah ke...tengah baring ke.


Peribahasa : Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya : Nasib malang yg tak agak-agak.


Peribahasa : Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya : anda adalah seorang jongang

RIVIEW CERITA

ni aku dapat kat email... saje je nak pas- pas mender nih... hehehhee

--Bapa--
Man: Bapa aku hebat. Dia polis.
Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
--B.I--
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

--Sudu--
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

--Tiru--
Cikgu:Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa:Apa bukti awak?
Cikgu:Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah
bergaduh besar dengan maid indonesianya...maka si suami dengan hati yg
suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka
bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..
"Apa hal ni Yang....
kenapa bising2 ni".....jawap si isteri dgn nada marah..."ni hah!!!!! seluar
dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam
Gucci i yg mahal yg i beli kat ********* Beijing tuhh!!! "
Disambut pulak oleh si suami ...." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi..."
Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau.... 10 helai !!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)" Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi...dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya...."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ?
Ingat....kamu mesti bercakap benar!!!" Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah...."tapi...tapi...tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! " si suami pula..." bluppppp.."


dan ini email pasal nak melawan hantu..hehehehehe

Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang
baru masak ni memang mudah cari
kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali
pengikat di atas kepalanya
dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia
akan berasa malu rana dia tidak pakai apa
apa pun, selain kain kapan pembungkusnya
tu.


Hantu Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi
beranikan diri anda tenung balik muka dia
sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat
dia,pasti
dia tersipu-sipu
malu.

Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak
dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.
Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat
dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar
jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang
saja, sambutlah hari
raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak
main meriam buluh, suruh
kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak
kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti
lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia, kita hendaklah
meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada
disitu.
Hantu Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka
saja,dan paling mudah untuk
menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan
telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Hantu Toyol Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi
duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat
duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik
bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana
nak tukar duit satu sen
banyak2 tu


Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-
hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja ngan
kelas
jer, lepaih tu
nengok artikel bebukan...macam sekarang nih..sah-
sah tengah ponteng nie..macamana
nak jawab..korang sendiri gak jadik
hantu..jadi bawak-bawaklah buat
kerja ... ..


LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA
DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA
HANTU!!!!!!!!"

detik detik bermula nya cuti

TATAU NAK MELALUT APER...

hari ni takde aktiviti sgt aku buat just melepak kat umah dan berehat serehat rehat nyer sambil sambil surf donlod crite-crite omputih yang telah diuploadkan oleh pengguna internet seluruh pelusuk dunia.. inilah yg dikatakan dunia tanpa sempadan semua dihujung jari..... setelah puas aku godek godek bitcomet aku untuk melepasi tahap security "TM" akhirnya aku berjaya kerana TM telah meng upgredkan sekeruti pihak beliau dan bagi aku yg dah lame tak online terkial kial nak mengoperasikan atau bahasa saintifik menggodam serta menggoda sistem pihak beliau yang tersangat ketat....huhhhu (TM adalah sebuah organisasi sosial yg menjalankan operasi sedut menyedut..hahahha..sape yg paham tuh ok la.. saper yg tak paham tuh abaikan jer).. hari nih juga aku dikabar beritakan oleh sahabatku nashrex bahawa beliau telah menjinak jinakkan perutnye yg boroi ke gym... aku tertanye tanye adakah dan apakah misi beliau akan terlaksana dengan jayanya... tunggu lepas aku balik batu pahat untuk menyaksikan keputusan nya... hari nih gak aku teruja dengan trailer terbaru superman return dan menyebabkan aku tak sabar nak tunggu tayangan di pawagam yang berhampiran dengan jiran aku.. ok la tuh je aku nak melalut untuk hari nih...

p/s nash ko angkat besi tuh baik baik... biar perut ko ke dalam jangan terlebih kedepan dah la.... hhahahaha... gurau jer

baru lepas final

BEBAS UNTUK 2 BULAN....


akhirnya lepas gak final test untuk sem pertama aku... akhirnya cuti panjang aku kembali, dah lame aku tak mengupdate blog ni sejak februari ari tuh.. ahaks...lame gak tuh.. ape nak buat dah bz... pastuh lak kat sane takde connection kat hostel... aku pun tatau nak tulis ape dah nie.. dah lame tak menaip... aku just nak ucap trima kaseh sape sape yang wish aku mase besday ari tuh.. ade gak yg ingat kat aku... ade gak yg wish pakai sms tapi aku tak ingat name sebab name dalam hp aku tak kuar... walau ape pun thanks... arghhh.. aku dah nampak katil dah... dah nak bomm!!..tido...ahakss...