konvo

KONVOKESYEN KE 4 KUiTTHO


dalam tak sedar rupa-rupanya sudah hampir bulan ogos dan aku masih tidak dapat melihat masa depan aku...ahaks... rupa rupanya pada bulan inilah juga akan ku terima scroll aku tapi entahlah rasa cam tak semangat jer... apahal erk... pepaham jer arr....! ahaks... usha je arr jadual kalau rase nak pegi pegi rase tanak sudah...!!~~

JADUAL KONVO KUiTTHO

smallville season 5

SMALLVILLE SEASON 5

Yahoo! kepada peminat SMALLVILLE, musim kelima yang ditunggu tunggu akan ditayangkan pada 29 SEPTEMBER 2005 untuk tayangan US so kalau camtuh kepada sesiapa yang ada broadband leh la donlod citer ni keesokan harinya... tak sabar rasenye nak tahu sambungan citer nih sebab akhir musim 4 yang aku tgk fotress of soluted dah dibangkitkan dan smallville sekali lagi diancam meteor shower serta seorang villian akan muncul pada musim ini... kita tunggu kemunculannya....!~

bahasa jepon

MARI BELAJAR BAHASA JEPON..

dalam aku kebosanan nih aku ade satu laman website yang mengajar tentang bahasa jepon... setelah lama aku tinggal subjek nih tetapi pada hari ini aku terdetik la plak nak blajar balik bahasa jepon nih sebab mane tau bergune time time aku nak cari kerja nanti... kan kan...hehehehehe... serba sedikit tentang bahasa jepon... bahasa ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu hiragana..katakana..dan kanji... digunakan dalam situasi berbeza dan formal atau tidak formal...marilah sama sama kita belajar dalam mengukuhkan lagik bahasa foreign kita.... sayonara...

www.bahasajepun.com

all american reject

THE ALL AMERICAN REJECT - SEMUA RAKYAT AMERIKA TERBUANG

huhuhu..aku tatau nak start blog aku ngan apa so aku ade la donlod lagu terbaru kumpulan The All American Reject album terbaru bertajuk Move Along so boleh tahan arr tapi aku rasa album lama die lagik best...hehehehe




war of the world

PENGKAJIAN TERHADAP FILEM BARAT WAR OF THE WORLDs MENGIKUT PENAFSIRAN AKU SENDIRI..





assalamualaikom w.b.t ... hari ini aku terdetik sikit kat minda supaya saraf neuron dalam otak aku bercabang..hehehe.... kebanyakkan tentang filem hollywood yang di olah oleh barat sebenarnya adalah mengikut pengkajian mereka terhadap dunia yang mereka tahu dan bukan cerita kosong dan mungkin ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. tidak dinafikan lagi bahawa org barat mengkaji sesuatu sebelum membuat sesuatu dan ini dapat aku lihat menerusi filem terbaru dari Hollywood iaitu War Of The World lakonan Tom Cruise dan arahan Steven Spielberg. Terdapat mesej2 yang tertentu yang ingin disampaikan melalui filem mereka yang disebalik pemikiran kita memang secara tidak sedar atau perasaan namun setelah aku membuat penelitian yang agak mendalam dan juga ilmu yang aku tahu sedikit sebanyak aku ada beberapa andaian yang hendak dibuat.

pertama sekali apabila pada permulaan cerita tersebut yang mengatakan planet kita diobserve atau di perhatikan, tidak aku nafikan sememangnya dunia kita diperhatikan tetapi diperhatikan oleh siapa?.... tertanya tanya oleh aku siapa yang memerhatikan kita? dan aku tersudah tentu Iblis atau seterunya dajal yang memang matlamat mereka untuk menyesatkan umat manusia sepanjang hayat. Daripada buku-buku dan maklumat yang aku ketahui seperti DAJAL DI SEGITIGA BERMUDA DAN BERDIALOG DENGAN JIN, dajal adalah seorang yang amat geliga otaknya dan matanya cacat disebelah dan dianggap manusia bermata satu. Ilmu teknologi yang diperolehi oleh dajal adalah 100 bahkan beratus ratus tahun majunya daripada zaman manusia. Dajal dikurniakan oleh Allah SWT umur yang panjang dan geliga otaknya.di dalam buku tersebut juga menceritakan segala yang dikatakan oleh UFO sebenarnya adalah rancangan dajal dan iblis sendiri untuk mengaburi pandangan manusia bahawa itu adalah makhluk asing tetapi sebenarnya ia adalah ciptaan dajal yang berpusat di segitiga bermuda. segitiga bermuda adalah tempat dimana pertembungan arus panas dan sejuk dan tercatat di dalam Al-Quran bahawa situasi tempat yang disebutkan di atas adalah tempat dimana iblis menetap dan pangkalan serta istana dan mempunyai lebih dari 10 lokasi segitiga bermuda selain dari puerto rico di Amerika.
aku meneliti lagi cara makhluk asing yang datang menyerang bumi dan aku pun berfikir iblis sememangnya berbentuk seperti api kilat kerana diorang dijadikan seperti itu.. so terdetik lagi fikiran... betul juga apa yang diorang buat nih... mane tahu mungkin
iblis2 dah sememangnya mencipta apa apa yang berhasrat menjatuhkan manusia dan menyesatkan lagi kerana otak dajal geliga dan kemajuan yang dikecapi oleh mereka dapat diaplikasikan menyesatkan manusia. mungkin pangkalan2 yang digunakan adalah untuk mencipta mesin atau apa2 peralatan dan menunggu masa untuk digunakan... fikir fikir balik sememangnya cerita ini ada kaitan. kemudian aku kaitkan dengan tokoh barat Nostradamus yang mengatakan sesuatu dari luar akan menyerang bumi dan beliau dianggap oleh barat seorang tokoh ramal yang hebat kerana pernah meramalkan tentang hitler dan perkara2 lain yang telah berlaku. aku juga pernah terdengar cerita dari buku-buku majalah yang mengatakan pada suatu masa dunia ini semakin ramai perempuan dan lelaki semakin sedikit dan pada masa itu org dari luar akan berkahwin dengan perempuan bumi... ade gak kaitan aku rasa.. tapi yang lebih jelas aku rasa orang barat mengganggap makhluk asing yang akan datang menyerang manusia tapi bagi aku, pada andaian yang aku buat sebenarnya ia adalah rancangan dajal yang sengaja mengelirukan semua manusia yang ia adalah makhluk asing tetapi sebenarnya di bawah bumi kita sendiri.. terdetik aku pabila ia datang DARI BAWAH TANAH DAN SECARA KILAT
makhluk asing itu memasuki bawah tanah...iblis dari api bukan dan ia suka kepada kilat dan api...hmm... dan dajal aku pernah terdengar cerita sentiasa mengorek tujuh lapisan bumi untuk sampai ke permukaan tapi bila korek punya korek bila azan kukunya patah.. so dari bawah tanah jugak kan? geliga..dajal otak pandai..! hmm... ade kaitan... dan aku tgk plak ciri2 kapal angkasa alien tuh yang serang manusia..ade bentuk2 bermata satu... macam dalam dollar amerika... yang kemudi kapal angkasa tuh plak macam jin iblis atau askarnya2 kerana iblis mempunyai ramai askar dibawah yang berbagai2 pangkat, sememangnya jin pendek dan jari panjang2 pastuh plak muke buruk.. hmmm... berkait lagik.. so akan pun fikir dengan jelasnya bahawa pengarah cerita ini adalah Steven Speilberg yang sememangnya keturunan yahudi dan beliau sememangnya mengkaji dan mengaplikasi apa yang distudynya ke filem... so sememangnya cerita ini terselit2 mesej yang kita sendiri tidak sedar.. allahualam.. ini hanyalah andaian aku sendiri harap maklum..


mata satu pada dollar amerika yang bererti world new order ntah aper ntah...!~

BRUCE LEE

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI MENGIKUT PANDUAN BRUCE LEE

sesiapa yang ingin belajar seni mempertahankan diri cara bruce lee, kat sini aku ade torrent die dlm bentuk PDF, ia mengajar cara teknik2 kepantasan,kekuatan dan sejarah bruce lee sendiri.. aku terjumpa torrent nih dan tela pun membacanya sehingga habis. terdapat jugak serba sedikit maklumat yang boleh dipraktikan seperti yang diketahui bahawa bruce lee telah mengasaskan alirannya sendiri iaitu Jeet Kune Do di mana ia bukanlah mencipta satu jenis seni mempertahankan diri seperti kungfu,silat atau taekwando tetapi transformasi semua jenis untuk menjadi lebih baik...





TRAINNING WITH BRUCE LEE
klik kat sini

BACA

PEMBACAAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR


PEMBACAAN untuk pembelajaran amat berbeza dengan pembacaan untuk mengisi masa lapang.Pembacaan untuk pembelajaran memerlukan pembacaan yang aktif.

Elakkan pembacaan yang pasif

Baca semuanya - graf, jadual atau apa-apa gambaran yang disertakan selain tulisan kerana ia akan memudahkan lagi pemahaman.

Selain itu, membaca buku bahasa kedua seperti bahasa Inggeris memang agak membosankan terutama jika pelajar tidak mahir bahasa tersebut.

Oleh itu, syarat utama untuk memahami buku bahasa asing ialah kamus yang baik.

Namun tidak bermakna dengan memiliki kamus yang baik, pembelajaran akan menjadi mudah.

Seringkali tumpuan pelajar terjejas oleh gangguan-gangguan seperti mencari makna sesuatu perkataan.

Berkali-kali melihat kamus, boleh menjejaskan pemahaman asal dan menyebabkan fikiran cepat bosan serta letih.

Bagi mengatasinya, pelajar harus mengurangkan seminimum mungkin proses mencari makna perkataan yang tidak difahaminya.

Sebelum membaca sesuatu tajuk yang ditulis dalam bahasa asing, semak terlebih dahulu dengan membacanya secara pantas.

Catatkan perkataan itu untuk tujuan rujukan dan sediakan satu set catatan yang khusus bagi sesuatu buku yang dibaca.

Teknik membaca yang menjimatkan masa

1. Baca dengan mata, bukan dengan mulut.

Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut.

Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.

2. Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca. Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.

Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.

3. Baca sesuatu tajuk sehingga habis. Mulakan pembacaan sesuatu topik dari awal untuk memudahkan pemahaman dan tidak perlu mengulang pembacaan jika berhenti pada pertengahan tajuk.

INGAT KEMBALI

1. Cara mengingat kembali boleh dilakukan secara lisan, dalam hati atau menulis fakta di atas kertas.

2. Proses ingat kembali lebih menguntungkan kerana menjimatkan masa dan tidak perlu mengambil masa banyak untuk mengulang kaji.

3. Pelajar tahu apa yang sukar diingati, terlupa atau salah, jadi ia akan menumpukan lebih perhatian kepada bahan ini dalam proses ingat kembali.

LIHAT SEMULA

1. Lihat semula adalah proses untuk mengetahui apa yang telah dibaca.

2. Belajar secara bersendirian sebenarnya memerlukan masa yang lebih panjang.

3. Selain pembahagian waktu teratur, pelajar perlu ada tatatertib sendiri - hapuskan sikap acuh tak acuh, menangguh-nangguhkan belajar atau malas.

4. Belajar di tempat yang menggalakkan pembelajaran.

Ujian sendiri:

1. Ujian dapat mengenal pasti tahap pemahaman.

2. Untuk menguji ingatan, tutup buku dan tulis semula apa yang diingati.

3. Uji juga kefahaman konsep serta penggunaannya, dengan menjawab soalan lalu.

PENUMPUAN

Kurang penumpuan boleh menyebabkan pembaziran masa.

Sebaik-baiknya jangan berbelah bahagi, perhatian otak sehingga menjejaskan tumpuan.

i. Tubuh yang segar

Tumpuan boleh terjejas jika pelajar berada dalam keadaan tidak sihat atau lapar.

Pelajar perlu tidur dan rehat yang cukup.

ii. Mengantuk

Ramai pelajar masih mengantuk walaupun mempunyai masa tidur yang cukup.

Jalan terbaik adalah dengan melawan perasaan mengantuk itu. Antara caranya ialah dengan tidur sekejap untuk menjadi badan segar semula.

Mungkin juga anda boleh bersenam sebentar, bergantung kepada kesesuaian diri.

Jangan cuba atasi masalah ini dengan mengambil ubat atau pil.

Pelajar boleh membahagikan waktu pembelajaran antara mata pelajaran yang diminati dengan yang tidak diminati.

iii. Kelesuan fikiran

Perasaan ini berpunca daripada rasa bosan yang lazim dilalui ketika belajar atau membaca.

Ia boleh diatasi dengan menukar kegiatan seperti membaca majalah. Jika percubaan itu berjaya, ertinya dia lesu kerana bosan.

SELAMAT BELAJAR

DRIFTING

DRIFTING... ALA YANG MACAM INITIAL D TUH... KAT SINI AKU ADE ARTIKEL TTG CARA NAK BUAT..

aku malas nak translate.. saper yang minat nak tau care die aku paparkan artikel die...bacer la....

What Is Drifting?

Basically, drifting is getting your car sideways down a road. It doesn't sound very hard does it? Sounds a lot like power sliding huh? Well it isn't. It's much more complex. Instead of a drifter causing a drift and then countering to straighten out, he will instead over-counter so his car goes into another drift. That is the reason many drifters do it in the mountains, because there are many sharp turns strung together. So in essence a good drifter has the ability to take five or six opposing turns without having traction at any point in time.

How is it Done?

There are two ways to start a drift. The first is the clutching technique. When approaching a turn the driver will push in the clutch and shift his car into second gear. Then rev the engine up to around 4000-5000 rpm (it all depends all the model of the car being used) and then slightly turn away from the turn and then cut back towards it hard while at the same time popping the clutch and causing the rear wheels to spin. At this point the drifter has a loss of traction and is beginning to slide around the curve. Now comes the hard part. You have to hold the drift until the next turn. To do this you must keep your foot on the accelerator while at the same time adjusting your car with the steering wheel so you don't spin out. It's not as easy as it sounds. Then as the drifter reaches the end of the turn and approaches the next turn which is in the opposite direction he must cut the wheel in that direction and in some cases, if the previous drift was to slow and they start to regain traction, they must pop the clutch again to get the wheels spinning. And that is how you drift a rear wheel drive car.The second technique is used by a few drifters in rear wheel drives, but is the only way you can really drift a front wheel drive. You have to use the side brake. A front wheel drive can not whip it's tail out because the tires are being driven in the front as opposed to the rear. So when approaching a turn you pull the side brake to cause traction loss. And the rest is pretty much the same except that it's much harder to take more than one turn with a front wheel driver.




huhuhu... nak try..? ader insurans nyawa..? ader skill? hehehehe

kebuntuan

PENCARIAN MAKNA SEBENAR PERJALANAN KEHIDUPAN



kini aku di ambang blues.. mengenangkan perjalanan hidup yang hanya sementara... perjalanan hidup yang kian mencabar... perjalanan hidup yang masih jauh dan menanti kesudahan yang sememangnya tercatat dalam kamus hidup aku.. aku berfikir...berfikir... dan masih berfikir...!

peta

PETA GPS

dalam keboringan aku melepak kat umah nih.. aku ade tersurf satu software GIS (budak kejuruteraan awam ukur tau la software nih pasal ape). software nih boleh buat kite meninjau kawasan rumah kite dengan lebih jelas dan struktur geografinya serta menghiburkan.. kat sini aku tunjukkan salah satu tempat area umah aku walaupun tak sedetail mane... tapi kalau kite surf kat negeri2 omputih kite akan dapat detail yang lebih teliti... cume kat malaysia nih di tunjuk tempat2 yang tertentu jerk... kalau ade sesaper yang teringin nak donlod tuh copy link nih...try la..

http://earth.google.com



kawasan umah aku

bantal

Rahsia bantal....
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka
juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada
sifat ego.
6) Tidak punya bantal

Kasihan betul...pergi kedai belilah satu!!!

Ghost Rider

GHOST RIDER MOVIE

kat sini kite review sikit pasal salah satu filem terbaru yang bakal diadaptasi dari komik iaitu Ghost Rider ( penunggang momok? rempit momok? rempit hantu? penunggang hantu?>. Ianya dibintangi oleh Nicholas Cage sebagai lagak ngeri yang bernama Johnny Blaze yang bersetuju untuk menghostkan jasad die kepada spirit yang pendendam. Dengan menjadi Hantu yang Menunggang motor beroda api untuk memastikan keselamatan kekasihnya yang dimainkan oleh Eva mandes. oleh itu kite tunggu jer keluarannya di pawagam berhampiran.



clock wise

CUBA INI....

korang patut cube mender nih sebab ianya menduga fizikal dan minda kita yang terlalu misteri...

-semasa duduk di atas kerusi buat bulatan clockwise(arah lawan jam) dengan kaki kanan korang.
-pastuh ketika buat mender di atas, lukis di atas angin nombor 6 dengan tangan kanan..
-apa arah kaki anda sekarang..? huhuhu try la...

penyakit

PERHATIAN

"1. Jika anda makan satay............. jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni..... bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke ( minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore"
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam hampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Balik pi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, " Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera(tak kiralah maggi, koay teow dsb),Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond = Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
"

hmm

KEBUNTUAN SEORANG MANUSIA

Malam nih aku tak dpt nak melelapkan mata, seperti ada sesuatu yang membelengu diri sehingga berasa darah aku mengalir deras.. sarafku seperti tidak memberi input yang secukupnya.. puncanya aku banyak memikirkan masalah yang menimpa aku... walaupun berbagai-bagai masalah yang menimpa, aku tetap terus mara untuk mengatasi masalah aku walaupun sesukar mana... mak aku slalu nasihat aku kalau ade usaha semua leh jalan. Dengan ungkapan tuh membuatkan aku tak tidur malam sejak due menjak nih.. walaupun hari nih dah reda sikit masalah aku tuh..namun aku tetap memikirkannya. Aku cube mengatasinya dengan memerhati disekeliling aku dan membukakan sikit minda aku melihat situasi-situasi di sekeliling aku. walaupun kecil peluang yang ada.. pasti ada jalan dan kini aku boleh berasa lega sikit sebab usaha aku nampak berbaloi.. malam nih nampak sedikit kedinginan di jendela aku... melihat sayup sayup manusia kelihatan seperti berkata "kau adalah lelaki.. lampu lampu neon yang menerangi jalan seperti membantuku melihat destinasi aku seterusnya .. membuatkan aku terfikir..
betapa bersyukurnya aku mempunyai ibu yang aku ada sekarang!~

komik superman1

KOMIK SUPERMAN

oklah... start ari nih aku akan upload kan komik superman yang dah aku download dari torrent so..enjoy la yerk.. aku buat nih pun sebab aku tatau nak letak ape kat blog aku nih..ape ape pun enjoy jer arr...!~ cuma klik kat tajuk die!~
Adventure of superman 641

khaizam komik
screenshot komik superman

WEBSITE 2

CRAZY FROG

KAT SINI AKU ADE WEBSITE TENTANG KATAK BIRU SO CHECK IT OUT UNTUK MENGISI MASA LAPANG

http://crazyfrog.yourebustingmyballs.com/hatethatfrog/index.asp?q=Ringtones

superman returns

SUPERMAN RETURNS DALAM PEMBIKINAN

ini satu lagik aku nak citer pasal karekter komik yang same company ngan batman iaitu DC comic. Karektor ini merupakan hero yang menjadi bapa pembangunan karektor2 hero komik kat dunia ini iaitu Superman. Skarang aku dapat tahu filem terbaru superman sedang dalam pembikinan di sydney australia. Cerita ini akan di layar perakkan pada tahun depan iaitu 2006. seperti yang korang tahu Superman nih gagah perkasa cam hercules, boleh terbang, mate boleh cam X ray, boleh sembur angin kuat kat mulut dan macam2 lagi namun gitu ade gak kelemahan superman nih iaitu sejenis batu dari kripton dipanggil kriptonite dari tempat lahir die dan takleh dekat kalau tak die sakit sakit badan cam kene pepijat. hahaha.. pengarah yang mengarah citer nih ialah bryan singer iaitu yang pernah mengarah citer X-men. para pelakon die plak ialah pendatang baru brandon routh sebagai clark kent/superman, kevin spacey sebagai lex luthor dan kate bosworth sebagai lois lane. citer die adalah sambungan dari cerita superman 2 yang dulu dimana superman sedar akan kehancuran hati lois lane apabila telah menjauhkan diri darinya. kemudian superman menghadapi keadaan dimana komuniti yang tidak memerlukannya... apakah kesudahan citer nih kite nantikan la ianya di pawagam berhampiran tahun depan...hahaha...dalam citer nih gak simbol S kat dade superman diubah sedikit dari yang lama... kat us plak citer superman mase mude smallville telah tamat musim ke4 dan akan bermula musim kelima so saper saper ader "berukband" tuh tunggu la torrent nanti yerk...!~


brandon routh sebagai superman/clark kent

kevin spacey sebagai lex luthor

lambang S yang baru

batman begins

BATMAN BEGINS

Huhuhuhu... aku baru jer ushar satu citer best ari nih.. citer yang memaparkan watak hero komik iaitu batman atau cakap melayu nyer orang kelawar. Aku mengushar citer nih bersama empat org kawan aku kat Mid Valley. kami sampai di mid valley lebih kurang dalam kul 8.30 lebey kot kalau tak salah aku dan tgk ramai org berpusu-pusu membeli tiket di kaunter. maklumlah ari minggu tgk midnight lak tuh biaser la kan... kami pun beratur la. Dalam beratur tuh sempat la gak tgk macam macam ragam manusia time tuh... huhuhuhu.. aku nak tergelak pun ade... ushar tgk banner cerita melayu Pontianak Menjerit.... wahahahaha.... tgk pun dah tau pontianak tuh Juliana Banos... cam tak seram jerk tapi lawak ... pastuh plak aku tgk list list tiket kat skrin board... cam tak percaye jerk citer Tamil anniyan ntah aper ntah tajuk die leh sold out la plak...siap ade barisan kaunter khas tuh...fuhhh..! memule aku tgk poster citer tamil tuh ingatkan citer omputih ala ala Kindom Of Heaven.. bile aku perhatikan betul betul rupenyer citer tamil...nak tergelak aku tapi takde la aku kuat sangat kang tak pasal2 kene belasah.. sebab time tuh ramai diorang..keh keh keh! lepas dah beli tiket kami lepak lepak dulu kat Mid valley sebab masih ade due jam lagik so kami jenjalan la makan2. Ape yang aku dapati dari citer Batman begins nih aku lihat cerita die lain sikit dari citer batman2 terdahulu yang tipikal tapi kali nih aku tgk cam best sikit sebab citer nih mengisahkan permulaannye batman nak jadi batman. Terdapat sedikit perubahan yang dibuat daripada citer original oleh Bob kane pencipta komik batman dimana dalam citer nih batman dilatih oleh sekumpulan macam ninja dimana musuh utama batman itu sendiri. dua babak aksi lasak yang meletup, meloncat dan aksi aksi thriller di tonjolkan dalam filem ini dan tidak membosankan dalam setengah cerita. ianya bermula disebabkan parent batman telah dirompak dan dibunuh oleh seorang kutu rayau ,berbeza dengan cerita batman 1989 dimana parent beliau dibunuh oleh joker dan batman atau bruce bertekad untuk memerangi jenayah. dengan rasuah yang berleluasa di gotham membuatkan bruce lebih obses untuk menjadi hero yang bersimbolkan kelawar ini. villian dlm citer ini ialah Al ghaul dan scarecrow oleh dr craine yang membuat toksid wap untuk mengilusikan rakyat gotham supaya lebih kearah ketakutan. dapat dimotifkan citer kali ini adalah berdasarkan fakta takut oleh seorang manusia. Ketakutan itulah yang membawa Bruce wyane untuk menjadi apa yang ditakutinya dan terjadilah Batman. diselitkan jugak lawak lawak yang ringan untuk penonton. kire ok la gak tapi bile tgk kereta batmobil tuh cam besar sgt dan berbeza dengan batmobil yang sebelumnya. citer ini boleh dikategorikan heavy sikit dari filem-filem batman yang terdahulu ape ape pun enjoylah jugak!!!~


poster Batman Begins

tips membina badan

WEBSITE MEMBINA BADAN

Kat sini aku nak tunjuk kat korang halaman yang boleh korang lawati untuk membina badan cam Arnold Susah nak eja...kekekeke... kat sini terdapat tips tips tentang bagaimana latihan pemakanan dan lain lain lagi supaya badan kita kuat dan berketul ketul cam ulas durian...wahahahaa

www.binabadan.com

sini lak forum
http://www.binabadan.com/phpbb/viewtopic.php?t=43