puasa

BLUES RAMADHAN

petang

melihat jam.. berdetik-detik jarum mengira waktu yang pergi... melihat sekawan manusia berpusu-pusu seperti nyamuk membelah jalan untuk mendapatkan darah..cam ayat gothic la plak aku pakai... peh.. boleh tahan gak manusia tempat aku nie membeli.. teringat aku kalau la aku di lahirkan kat negara negara miskin..mungkin aku tidak dapat merasai suasana sebegini apatah lagi di negara asing.. betapa meriah nyer mereka menghayati bulan yang mulia ini.. aku masih termenung mengira waktu.. waktu waktu yang ada aku bazirkan dengan termenung... menghayati ragam manusia membeli..ada juga mereka yang menawar nawar harga.. kemudian aku membuka radio.. serangkap kata yang telah lama aku rindukan sejak tahun lepas..

"kini telah berbuka puasa bagi kawasan yang sesuatu dengannya... berbukalah dengan Yeos!~"

menandakan waktu telah hampir berbuka puasa.. walaupun begitu aku tidak lah seghairah mereka yang berbuka puasa kerana clock life aku sejak dulu dah terbalik... jadi siang aku tak lapar sgt..sebab dah dipraktikan dari dulu..tapi...bile malam aku start lapar.. aku berbuka dengan hanya air soya sejuk dan itupun telah membuat aku kenyang sebab semalam aku tak bangun sahur so terasa haus bibir pun menjadi kering.. alhamdullilah..

lepas tuh aku bersihkan sikit ape ape yang patut kat tapak sewa ramadhan kelolaan mak aku sendiri.. kemudian aku mandi mandi sembahyang maghrib..
aku pergi ke surau.. selepas isyak aku buat terawikh... aku buat lapan jer.. hehehe... tidak ku nafikan bahawa kemalasan pada diriku kini telah memakan diri sendiri.. arghhh.. azam ku selalu dikhianati oleh hati dan jiwa yang fana ini... mungkin esok akan ku pulihkan keadaan ini dengan keazaman yang lebih baik....

malam

selepas itu aku lepak dalam bilik.. terasa lapar.. nasib baik aku ade beli sikit sikit makanan untuk bekalan malam... aku terkejut.. semua makanan yang dibeli itu telah ku habiskan tidak sampai dalam beberapa minit.uish...hebat gak perut ku menjalankan tugas peribadinya erk.. ape ke jadah la nak jadi perut aku yang semakin lama semakin aktif dalam menghasilkan sel-sel sistem pencernaan penghadaman ini.

aku tak tido.. tidak dapat tidur... aku termenung sekali lagi... walaupun keletihan aku masih tidak dpt tidur sampai la ke waktu sahur.. dalam masa itu aku memerhati langit langit dan bintang bintang berkelipan... bukak radio dengar lagu-lagu.. pelik lak aku baru ramadhan beberapa hari dah bukak lagu raya...lagu raya yang ada dalam simpanan mp3 aku.. pernah gak aku bukak time bulan-bulan biase dulu...apa kejadahnyer..?

kemudian aku terasa lapar lg... aih... takleh jadi aku harus membuat sesuatu... seperti biasa yang aku lakukan.. ambik kunci..pakai sandle... meneruskan perjalanan yang tenteram.. tetapi kali ini tidaklah setenteram dahulu.. makin ramai..aku pun pegi kat ane pastuh mintak.. "mamak roti telur banjir 3 ngan nestlo bungkus satu" peh... susah gak erk nak jadi manusia yang kuat makan nie erk.. walhal badan tak naik naik.. dan aku masih meneruskan kisah kisah epik yang penuh magik dan adventure ini... dan kini aku merindui...merindui....sgt merindui.... makan pada siang hari!~

0 comments: