Karangan mengenai burung dan kereta...

ke hadapan adinda burung yang sedang terbang gembira di awang – awangan, apa khabar adinda burung? sihat? cukup makan?

kekanda di sini baik – baik sahaja, pagi pergi kerja, petang balik rumah, kalau kekanda lapar, kekanda makan. kalau kekanda mengantuk, kekanda tidur. kalau kekanda sakit perut nak berak, kekanda berak. kalau kekanda horny, kekanda jadi tak keruan. macam orang lain juga, menjalani kehidupan normal. di sini kekanda ingin membuat teguran membena terhadap adinda burung, kerana mungkin adinda tidak sedar, kadang – kadang perbuatan adinda burung membuat kekanda rasa marah, kadang – kadang sehingga tahap mencarut dalam bahasa tagalog. itu memang marah betul punya, “takdak kasian” kata orang.

kenapakah adinda burung gemar dan berahi benar untuk berak secara rawak? kerapkali kekanda lihat adinda dan kawan² burung adinda yang lain membuat perangai tak senonoh dan tak semenggah itu. rasa macam nak sumbat mercun dalam dubur adinda dan kawan², tahu? apakah adinda dan kawan² burung adinda tidak ada perasaan malu? sudahlah berak secara semberono, berak sambil terbang pula (just because you can, doesn’t mean you have to do it).

hish, takkanlah adinda tidak boleh berhenti di mana – mana R&R atau tandas untuk berak secara sopan? kalau tak ada duit syiling untuk bayaran masuk tandas, kekanda boleh belanja. kekanda marah bukan apa, cuma kekanda cukup kecewa apabila kekanda melihat ada “saguhati” atas kereta kanda setiap kali kekanda parking di kawasan terbuka. adakah saguhati itu dari adinda? atau dari kawan² burung adinda?

seronok ke adinda dan kawan² dapat “menembak tepat” kereta – kereta orang yang tak bersalah? best tak? best tak? kekanda tak rasa best pun. tahukah adinda burung, tahi adinda dan kawan² adinda adalah berasid. asid, tahu tak?

tahi adinda boleh merosakkan kecantikan kereta kekanda, kerana tahi adinda yang berasid itu akan mengakis cat kereta kanda jika dibiarkan lama – lama, lebih lebih lagi jika hari cuaca panas, tahi adinda “masak” dan melekat, sumpah susah betul nak cuci. nak tunggu adinda tolong cuci? huh khak ptuih, jangan haraplah. cuba kalau kekanda baling tahi kepada adinda, seronok tak rasa – rasanya? ataupun I let you have a taste of your own medicine, iaitu kekanda pula yang berak atas kepala adinda (sebab adinda tak ada kereta), agak – agak gembira tak adinda?

sudahlah dinda, menyampah pulak kekanda memikirkan masalah perangai keji adinda. kawan² adinda pun sama, berak merata! benci! buat pengetahuan adinda, kekanda kini menyimpan sumpit dalam kereta kekanda. kalau ada kawan² adinda yang mati kena tembak, haa itu kerja kekanda lah.

mungkin kalau ada jodoh, adinda akan mati disumpit oleh kekanda. waktu itu, apabila adinda merasa keperitan damak beracun menembusi dada, barulah adinda akan menyesal tak sudah kerana ingkar nasihat kekanda. mahukah adinda mati hanya disebabkan oleh secirit tahi. atau pun, mati terberak kerana disumpit. bukan kah sungguh hina dina jika adinda mati terberak? lebih hina daripada tahi itu sendiri. ya, adinda fikir – fikir, renung – renungkanlah. keji dowh mati berlumuran tahi! euwwww~!

yang benar, Kekanda...

0 comments: