Video Manupilasi Sistem Wang Kertas Yang Kita Guna Sekarang

Untuk entry kali ni, aku nak tunjukkan kat korang satu video yang memang agak cool kalau kita tengok yang juga akan sedikit sebanyak buat korang semua paham bagaimana:
  1. Sistem wang kertas (wang fiat) kita berfungsi,
  2. Bagaimana bank berfungsi dalam mendapatkan keuntungan
  3. Bagaimana inflasi terjadi, bagaimana punca-punca peperangan berlaku selalunya di negara-negara yang tertindas,
  4. kenapa menyimpan emas disarankan oleh orang ramai, bahayanya HUTANG dan agenda-agenda orang-orang tertentu di dunia untuk cuba mendapatkan kekuasaan dengan mengawal dunia secara kita tidak sedar.
Seperti entry sebelum ini, aku ada menerangkan mengapa kita perlu menyimpan emas/properties dan kaitan sistem ekonomi di negara kita, tetapi didalam video ini ia menghuraikan dalam bentuk animation dan graphic yang akan memudahkan korang memahami bagaimana semua itu saling berkait dengan lebih mudah difahami.




sumber: www.beritasemasa.com, the american dream

sipnosis daripada video ini:

1. Ramai diantara korang mesti ada yang bekerja atau berniaga, dan sebagai balasan hasil titik peluh itu, ada pendapatan. Namun majoriti daripada korang menyimpan hasil pendapatan korang dalam BANK bukan? fungsi bank adalah dengan mendapatkan keuntungan daripada meminjamkan duit kepada mereka yang lain yang ingin berhutang dengan DUIT ANDA. Dengan kata ringkas, lebih banyak hutang yang dibuat pada bank, bank mendapat lebih keuntungan berdasarkan interest yang diperolehi.

2. Hasil titik peluh anda yang anda simpan dalam adalah modal kepada pihak BANK untuk memberi hutang kepada yang peminjam (loan). Dari situlah pihak bank mendapatkan keuntungan daripada faedah (interest) daripada yang diperolehi dari duit anda dan diberi HUTANG kepada peminjam.

3. Bagaimana pihak-pihak tertentu memanipulasi aset anda (seperti emas/properties) yang disimpan untuk dimasukan ke dalam BANK untuk ditukarkan kepada kertas yang dianggap bernilai sama dengan nilai emas pada satu masa dahulu tetapi kini nilainya menjadi lebih rendah dari nilai yang sepatutnya kerana dicetak berlebihan melalui spekulasi dan khabar angin berdasarkan fractional reserve jika tidak bersandarkan kepada emas. Itulah yang dipanggil inflasi kerana kejatuhan nilai wang kertas. Jika pihak bank swasta kekurangan modal, mereka akan meminjam duit kepada bank persekutuan (federal bank). Fungsi bank persekutuan ini pula sama dengan fungsi bank swasta iaitu memberi hutang kepada bank swasta tersebut dengan faedah (interest) tertentu. Bank persekutuan pula mendapat sumber adalah dengan mencetak duit tersebut. semakin banyak dicetak semakin kecil nilai duit tersebut. Dan apabila duit cetakan tersebut berlebihan dengan nilai simpanan, inflasi berlaku.

4. Kalau kita ikuti sejarah keadaan ekonomi terdahulu, bermula dari sistem barter, akibat daripada kesukaran pengukuran nilai yang sama, emas telah digunakan kerana ianya sukar untuk diperolehi, unsur yang sukar dihancurkan, oleh itu emas digunakan sebagai perantaraan jual beli antara barang penjual dan pembeli. Namun dengan kewujudan emas, ramai diantara mereka mula menyimpan aset mereka di dalam bank dengan menukarkan ke atas satu note tender berbentuk kertas yang lebih dikenali sehingga ke hari ini iaitu wang kertas (wang fiat). Ini disebabkan ia lebih mudah dibawa dan tidak mudah dicuri berbanding emas tetapi realitinya aset fizikal tidak didalam pegangan kita secara mutlak. Pada mulanya nilai yang disandarkan adalah sama dengan nilai emas tersebut tetapi lama-kelamaan, nilainya semakin berkurangan dari nilai asal tersebut. Kerana dalam sedar tak sedar, nilai duit tersebut semakin kurang dan juga bersifat tidak universal seperti emas yang diterima dimana-mana sahaja.

itulah sebabnya dengan entry ini, sedikit sebanyak sedikit informasi dapat disebarkan dengan bentuk lebih mudah untuk memahami bagaimana fungsi wang kertas dan kesan-kesannya.

0 comments: