- Sebagai orang awam, kita bekerja setiap hari untuk mendapatkan nafkah dan hasil titik peluh yang kita dapat, majoriti daripada kita akan simpan wang yang kita perolehi ke dalam bank swasta.
- Setelah kita menyimpan duit hasil titik peluh kita (income) ke dalam bank swasta, bank swasta tersebut akan menggunakan aset kita tadi untuk menjalankan perniagaan mereka di mana mereka akan menggunakan aset yang kita simpan dengan memberi pinjaman kepada orang lain seperti yang memohon loan dari bank swasta tersebut dengan mengenakan faedah mengikut peratus (%) yang ditawarkan (seperti yang kita selalu terima pamplet2 untuk kredit kad atau loan peribadi). Kerana ini adalah main core bisnes bank adalah untuk mendapat profit daripada faedah (interest) yang ditawarkan melalui program-program/produk pinjaman yang diberikan. (pendek kata produk bank adalah duit yang dirolling-rolling untuk menjana profit, riba kan tuh? perdagangan produk berdasarkan duit itu sendiri tidak boleh dalam islam, kalau salah tolong perbetulkan).
- Dalam pada itu, kadangkala bank swasta tersebut tidak dapat memenuhi permintaan peminjam kerana faktor jumlah aset penyimpan dalam bank swasta tersebut kurang daripada jumlah peminjam.
- Untuk mengatasi masalah ini, bank swasta ini akan membuat permohonan kepada bank Utama (Federal Bank dalam sesebuah negara yang selalunya dikawal oleh kerajaan negara tersebut) untuk membuat pinjaman supaya bank swasta dapat membekalkan duit kepada peminjam mereka. Dengan kata lain, memberi hutang.
- Dengan persetujuan Federal bank, Federal bank ini akan memberikan pinjaman kepada bank swasta tersebut dengan faedah % tertentu seperti mana sistem bank swasta mengenakan faedah kepada peminjam mereka.
- Tapi, persoalan yang timbul, dari manakah federal bank tersebut mendapatkan peruntukan duit mereka? Federal bank ini akan mencetak duit bersandarkan aset sesebuah negara tersebut. Aset ini juga boleh dikatakan daripada jumlah cukai yang dikutip atau simpanan emas, perak atau sumber-sumber berharga.
- Kebiasaanya duit yang dicetak ini adalah berdasarkan simpanan aset sesebuah negara seperti emas atau perak. Kita boleh anggap jika dibandingkan seperti ini pada awalnya: harga seperti sekeping RM1 bersamaan 1g emas. Tetapi apabila federal bank ini mencetak wang dimana dari sekeping RM1 kepada 2 keping RM1 bersandarkan emas yang sama iaitu 1g emas, maka inflasi telah berlaku dimana RM1 tadi bukannya 1g emas seperti situasi yang awal tadi, tetapi nilai RM1 tersebut telah bersamaan 0.5g emas. Inflasi ini berlaku apabila Federal bank mencetak banyak duit kertas kerana aset2-aset tersebut telah dipecah2kan nilainya walaupun angkanya pada pandangan mata kasar masih RM1 tetapi bagi mereka yang sedar, kuasa membeli pada orang awam akan berkurangan melalui peningkatan harga barang.
- Ini menunjukkan bahawa inflasi mempengaruhi sistem duit kertas yang kita pakai kerana kita boleh anggap inflasi ini sebagai a silent Thief.
- Bagi mereka yang makan gaji, mahukah anda bekerja pada awal tahun 1 bulan untuk 1 bulan gaji tetapi pada akhir bulan anda bekerja 1 bulan tersebut dan gaji yang kurang daripada 1 bulan gaji walaupun dengan angka yang sama tetapi hakikatnya kuasa membeli anda kurang kerana faktor inflasi.
- Dan perkaitan dengan emas pula (atau perak) difahamkan pada zaman dahulu di samakan 1 dinar bersamaan 1 ekor kambing. Dan pada waktu artikel ini ditulis, satu ekor kambing juga adalah bersamaan 1 dinar. Tiada perbezaan nilai yang disandarkan mengikut masa.
- Tetapi, jika keadaan yang sama anda membeli seekor kambing dengan menggunakan duit kertas mungkin zaman dahulu harga kambing RM 400 tetapi sekarang harga tersebut telah meningkat kepada RM700. Dapatkah kita sedar dengan melihat perbezaan kedua-dua sistem? ( ini saya berdasarkan kepada duit kertas tersebut bersandarkan dinar mengikut masa/zaman untuk membeli seekor kambing). Dapat dilihat di sini faktor sebenarnye bukanlah disebabkan harga emas itu yang naik, tetapi nilai duit kertas itu sendiri tidak kukuh dan jatuh kerana tiada kesetaraan nilai antara dua-dua pihak.
- Contoh lain, jika anda merancang ingin menyimpan sebanyak Rm50 000 pada waktu ini dan nilai itu dikatakan banyak tetapi adakah anggapan nilai itu sama apabila pada masa hadapan dengan rm50 000 tersebut? sudah tentu tidak kerana anggaran 10% inflasi berlaku setiap tahun dan RM 50 000 pada waktu itu mungkin rumah kos rendah pon tak dapat nak beli.
- Faktor yang membuatkan duit kertas ini tidak kukuh adalah kerana sifat duit kertas itu sendiri yang senang dicipta dan senang hilang nilainya begitu sahaja apabila dikoyak atau dibakar. Berbeza dengan emas di mana emas jika dalam bentuk serbuk atau cecair, nilainya masih ada dan beharga.
- Faktor lain pula ialah duit kertas hanya diperakukan oleh kerajaan sesebuah negara itu dan tidak bersifat universal. Katakanlah kalau sesebuah negara mengalami bencana perang atau sebagainya, nilai duit tersebut secara automatik akan jatuh merundum walaupun masa itu kita mungkin ada berjuta-juta jumlahnya pada duit kertas tetapi adakah ia dapat digunakan pada masa itu? Berlainan sifat emas itu sendiri yang bersifat universal dan semua negara menerima emas sebagai piawai barang berharga kerana emas berdasarkan berat menjadikan emas itu diperakui bernilai.
- Bagi sesetengah orang, duit kertas ini seperti kita dipukau dan dipaksa percaya bahawa yang sememangnya duit kertas tersebut sememangnya bernilai tetapi pada realitinya ia hanya sehelai kertas yang boleh dikoyak-koyak dan hancur.
- Seperti juga andaian seorang itu membeli baju yang kurang kain tetapi mahal dan orang lain kagum dengan baju tersebut tetapi apabila salah seorang dari mereka mencelah dengan menjawab baju tersebut tak cukup kain tetapi ketidak pedulian orang lain terhadap fakta tersebut menjadikan duit itu diterima. Ini menunjukan orang ramai tersebut dibrainwash / dipukau untuk mendapatkan kepercayaan bahawa kain tersebut bernilai tapi pada dasarnya baju tersebut memang tak cukup kain untuk memenuhi keperluan asas. Ini sama juga situasi antara duit kertas dan emas kerana kita disuruh yakin bahawa duit kertas yang dipakai sekarang ini mempunyai nilai berdasarkan angka yang terdapat padanya tetapi realitinya ia hanyalah sehelai kertas atau seperti resit hutang yang senang hancur. Faktor penyimpanan kekayaan adalah suatu perantaraan dagangan itu mestilah bersifat tidak hancur dan tidak boleh dicipta. Seperti minyak, ia tidak dapat dicipta dan itu yang menjadikan minyak sangat berharga. tetapi disebabkan ia mudah lupus, jadi minyak secara logik tidak boleh dijadikan wang.. maybe sistem barter boleh dan alternatif lain adalah emas serta precious metal yang lain seperti perak, platinum.
- Faktor orang ramai menerima sistem duit kertas juga terjadi kerana orang ramai berasa takut dan tidak selamat untuk menyimpan emas kerana kes kecurian dan ini memberikan mereka alasan untuk memberi aset mereka kepada orang atau organisasi seperti bank untuk dipegang dan faktor mudah dibawa, mudah access secara online dan ade liquidity (kecairan) terhadap duit kertas yang bukan berdasarkan berat tetapi angka. Dan aset ini dimanupilasi tanpa kita sedar. Spekulasi terhadap mata wang ini juga salah satu faktor kerana duit telah dijadikan komiditi iaitu seperti barangan yang ada nilai turun dan naik.
- Emas ini berbeza sifatnya dengan duit kertas kerana susah diperolehi, tidak hancur, berdasarkan berat dan bukan angka. Jadi, faktor setaraan itu penting dalam sistem perdagangan kerana sifat emas itu sendiri. Ada orang berpendapat bahawa musuh bank adalah emas kerana jika emas mula digunakan secara meluas dalam kehidupan harian, perkhidmatan bank itu sendiri akan lumpuh.
- Dibuktikan bahawa sistem dinar (emas) telah bermula beribu-ribu tahun yang lalu berbanding sistem duit kertas yang hanya beratus tahun dan dalam jangka masa itu banyak negara menjadi lumpuh kerana penggunaan duit kertas ini.
- Oleh itu seperti yang saya huraikan, perkara-perkara ini kita dapat jadikan iktibar, pengajaran untuk menyimpan aset yang sebenar iaitu emas dan dirham. Selamatkanlah aset anda sebelum terjadinya perkara ini. Apa-apa yang salah diharap diperbetulkan. sekian.
Sistem Kewangan Kita, Bank dan Emas, Sedar tak korang?????
Posted by
KH4iZ4M
on Wednesday, April 27, 2011
0 comments:
Post a Comment