JANGKAAN EMAS 16.2.2015

Pergerakkan masih berada downtrend setelah retracement di carta 4 jam. Silver juga mengikut arah pergerakan yang sama

JANGKAAN HARGA EMAS, PERAK DAN MINYAK 15.2.2015

Pada hari ini, terdapat beberapa mix jangkaan dalam analisa. sama ada harga emas akan bertukar arah atau masih lagi dalam downtrend untuk carta harian. Namun pada carta 4jam, sentimen downtrend masih lagi kuat walaupun terdapat retracement pada minggu lepas. Jadi 70% untuk downtrend dan 30% untuk reversal pada carta harian. Ini adalah faktor yang diambil kira.



Carta mingguan



Pada carta mingguan, Sentimen downtrend masih lagi berlaku dimana resistance terkini iaitu R2 tidak melepasi resistance terdahulu iaitu R1 dan dua candlestick merah yang menandakan masih lagi pergerakan ke arah bawah. 

Carta Harian


Pada carta harian pula, terdapat beberapa faktor yang bercampur baur ketika ini kerana downtrend telah mencapai sebanyak 61.8%. peratus ini selalunya adalah angka paling tinggi bagi retracement manakala resistance terdahulu telah dilepasi dan berkemungkinan juga harga akan naik. Namun RSI menunjukkan overbuy pada previous puncak dan berkemungkinan juga arah masih lagi ke bawah. 

carta 4 jam


Pada carta ini peratus tertinggi untuk retracement telah berlaku dan dijangkakan harga akan menuju ke bawah. kerana R1 dan R2 mempunyai gap yang boleh dikatakan agak jauh. walau apa2 pun minggu hadapan baru dapat dikenal pasti arah yang sebenar. 

Bagi pendapat saya, Arah akan jatuh kebawah kerana
1. Quantitative Easing masih belum disambung dan ini menguatkan dollar
2. Sentiment pada carta mingguan menunjukkan downtrend belum berakhir, kerana tempoh yang lama pada carta lebih konsisten untuk dianalisa.
3. Carta harian telah berada pada tahap 0verbuy dan gap pada carta 4 jam antara resistance adalah terlalu jauh. 

Jadi 70% masih turun dan 30% akan naik. Ini hanyalah pendapat daripda analisa dan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Perlu dilihat pada minggu depan pada carta 4 jam untuk mempastikan arah pergerakan ke arah mana, jika harga melepas lebih R1 pada carta 4jam, harga akan naik, jika harga tidak melepasi R1, harga akan turun. 

Berikut pula adalah carta untuk perak, arah pergerakan adalah lebih kurang sama. 

Carta mingguan
Carta 4 Jam


Berikut adalah carta crude oil (minyak)

TIPS BAGI INGIN MEMBELI EMAS PADA HARGA YANG RENDAH UNTUK LONG TERM INVESTMENT


Bagi pelabur emas, chart adalah sangat penting dalam membuat keputusan dalam mempastikan keputusan yang diambil menguntungkan. Chart adalah salah satu tool yang bukan sahaja hanya menunjukkan turun naik harga dalam tempoh tertentu, tetapi ia juga seperti bercerita kepada anda tentang sesuatu apa yang telah terjadi dan bakal terjadi terutamanya mengenai ekonomi semasa. Penghayatan diperlukan dalam memahami apa yang chart ingin sampaikan. Ini kerana bagi pelabur untuk jangka masa lama, waktu untuk membeli harga yang paling rendah sememangnya diidam idamkan. 

Secara ringkasnya, bagi yang ingin membeli pada harga yang betul-betul rendah, seseorang itu hendaklah sentiasa monitor harga semasa. Di bawah ini adalah gambar chart untuk anda yakin dalam membuat keputusan dalam membeli emas ketika harga betul-betul rendah. 

Chart mingguan lebih reliable kerana lebih panjang tempoh, lebih tepat dan lebih banyak masa untuk membuat keputusan yang boleh diambil. Jika dilihat, Selepas downtrend yang menjunam pada April 2013 dan RSI mencecah oversold (seperti yang dibulatkan), downtrend masih berlaku, dan dengan ini kita perlu menunggu sehingga RSI oversold yang kedua yang bakal tiba. Jadi untuk anda semua, masa yang terbaik untuk membeli emas adalah ketika RSI tersebut berada dibawah nilai 30 pada carta mingguan. (oversold)


Sama juga pada carta bulanan, untuk lebih meyakinkan, boleh juga pastikan RSI tersebut berada di paras oversold. Tapi bagi saya, memadai untuk carta mingguan.

Jadi point yang perlu dititik beratkan disini ialah:
1. Carta mingguan masih lagi downtrend iaitu puncak tinggi antara puncak tinggi still (zig zag ke bawah)
2. RSI berada di bawah 30. untuk tindakan diambil membeli emas.



JANGKAAN EMAS 6.2.2015



Jangkaan awal emas akan jatuh lebih bawah

JANGKAAN PERGERAKAN EMAS DAN CRUDE OIL 3.2.2015


Berikut adalah carta emas dimana retracement lengkap pada 61.8% telah berlaku carta 4 jam dan dijangkakan pasaran akan menuju ke arah yang lebih bawah sehingga USD 1200. Ini kerana carta harian masih menunjukkan downtrend pasaran.




Pasaran emas menunjukan kenaikan yang agak tinggi dan menunjukkan kenaikan yang agak banyak. Bagi yang ingin membeli saham saham komiditi minyak di Bursa Malaysia, posisi sekarang mungkin terbaik.

#Update 9.43pm

Nampaknya adalah seperti yang dijangkakan, emas telah turun seperti yg gambar di atas. Data pada mingguan juga seperti lemah dan jika harga turun bawah 1168, potensi untuk harga jatuh lebih bawah tidak mustahil.

#update 11.51


Carta mingguan nampaknya tidak melepasi resistance USD1343 dan berkemungkinan harga jatuh dengan lebih bawah lagi akan berlaku. Bagi yang menyimpan emas fizikal, boleh kumpul cash untuk beli harga yg lebih murah.

JANGKAAN PERGERAKAN EMAS 2.2.2015

#10.30 am

Berikut seperti apa yang telah dibincangkan sebelum ini, arah harga emas pada hari ini masih downtrend bagi carta harian dan 4jam dimana seperti harga naik hanya sehingga yang digariskan pada had limit resistance (warna kuning). Dan dengan ini dijangkakan harga mungkin akan turun sehingga limit dibawah seperti carta harian. Walau bagaimanapun, permulaan minggu ini dan hari ini dimulakan dengan sentimen bullish. Kemungkinan pergerakan sebaliknya terjadi tidak mustahil.




Declaration: Ini janyalah jangkaan pasaran, bukanlah pergerakan sebenar yang bakal berlaku.

#9.00pm

Berikut adalah update pergerakan harga seperti dijangkakan, waktu kembali aktif pada malam kerana waktu pasaran yang berbeza di US:


JANGKAAN HARGA EMAS, PERAK, CRUDE OIL 1.2.2015

Akhirnya kita telah memasuki bulan kedua dalam tahun 2015. Berikut adalah jangkaan pergerakan pasaran bagi emas, perak dan minyak.


Pada carta 4 jam, minyak atau crude oil nampaknya telah menunjukkan kesan positif dan berkemungkinan terdapat kenaikan sedikit pada minggu hadapan. Walau bagaimanapun pengumuman terhadap penurunan harga minyak pada bulan ini pasti melegakan ramai pihak.


Emas masih menunjukkan downtrend pada carta harian namun pada carta 4 jam, retracement atau kenaikan sedikit telah berlaku seperti yang telah dibincangkan posting sebelum ini. Ia mungkin dipengaruhi oleh berita berhubung peratus index GDP yang negatif di US pada jumaat lepas.



Silver atau perak juga telah berlaku retracement mengikuti emas dan paras limit kenaikan adalah di bawah garisan kuning tersebut sebelum jatuh semula. 

Declaration: Posting ini hanyalah jangkaan dan tidak dipengaruhi oleh pasaran sebenar. 

JANGKAAN PERGERAKAN EMAS 30.1.2015



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pergerakan emas sedang melakukan correction atau pullback untuk seketika kerana pengaruh daripada Federal Reserve yang menangguhkan keputusan untuk menaikan kadar faedah bagi negara itu. Waktu untuk menilai sama ada harga semakin jatuh adalah diparas garisan bawah di mana jika ia melebihi paras garisan tersebut. Harga yang rendah mungkin berlaku. Jika tidak, ia mungkin hanyalah correction atau pullback sementara waktu. Walau apa pun bagi pelabur emas, ini adalah masa untuk membeli bagi yang tak sempat beli pada waktu lalu.

Update 11.56pm

carta 4 jam terdapat pullback seketika


JANGKAAN PERGERAKAN EMAS 29.1.2015


Berikut adalah jangkaan pergerakan emas untuk waktu terdekat selepas FOMC yang pertama untuk tahun 2015. Federal Reserve masih belum membuat keputusan untuk menaikkan kadar faedah di US dan mempengaruhi serba sedikit pergerakan emas.

Jangkaan pergerakan emas 26.1.2015


Pada hari ini, terdapat tanda2 harga emas akan membuat correction pada carta harian. kemungkinan retracement pada 50% selepas indicator bolinger band menunjukkan high yield dan RSI yang telah overbuy. Bagi yang tidak berkesempatan utk membeli pada harga murah, mereka boleh bersedia sekali lagi untuk membeli ketika retracement berlaku.


Declaration: posting ini hanya jangkaan sahaja dan bukan arah sebenar harga emas.

HUTANG-HUTANG NEGARA JANUARI 2015

Mari kita hayati hutang-hutang negara-negara utama kini.
Yang perlu diambil perhatian adalah nisbah hutang kepada GDP (GDP-DEBT RATIO), Apa pandangan anda? Semua matawang telah diconvert kepada US Dollar. Dan gambar di bawah ini setelah convert pada Ringgit Malaysia

Harga emas 25.1.2015

Carta harian emas
Carta mingguan emas
Berikut adalah pergerakan harga emas pada waktu ini. Pergerakan menaik (Bullish) telah menarik perhatian sebilingan besar penyimpan emas pada ketika ini. Memandangkan pada ketika ini euro pun telah melancarkan stimulus plan dalam Quantitative Easing. Ini juga telah memberikan petunjuk positif terhadap kenaikan emas dan pertambahan inflasi kepada euro. Kebanyakan pelabur emas kini menunggu penyambungan semula Quantitative Easing dari Federal Reserve US untuk kenaikan emas yg berterusan. Target harga selepas ini adalah USD 1343 untuk menjadikan harga emas bullish dalam carta mingguan.

khaizam.blogspot.com kembali

Dah lama tinggal blog ini, dah tiba masanya saya update semula blog ini dengan news-news berkaitan emas.

Sistem Kewangan Yang Malas Kita Ambil Tahu Tapi Kene Tahu Jugak

Fractional Reserve Banking Penyebab Inflasi

Kerajaan US memberikan gambaran berikut untuk menerangkan istilah ini dan mengapa ia diperlukan:

The fact that banks are required to keep on hand only a fraction of the funds deposited with them is a function of the banking business.

Banks borrow funds from their depositors (those with savings) and in turn lend those funds to the banks’ borrowers (those in need of funds). Banks make money by charging borrowers more for a loan (a higher percentage interest rate) than is paid to depositors for use of their money.

If banks did not lend out their available funds after meeting their reserve requirements, depositors might have to pay banks to provide safekeeping services for their money. For the economy and the banking system as a whole, the practice of keeping only a fraction of deposits on hand has an important cumulative effect. Referred to as the fractional reserve system, it permits the banking system to “create” money. [2]

Justeru..

Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.

Investopedia mentakrifkannya sebagai A banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other parties. Most countries operate under this type of system. [3]

Maka kesimpulannya, sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, bakinya boleh dipinjamkan.

Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;

katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:

John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A.

Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.

Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabor secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.

Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali.

Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.

Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.

Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.

Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah ia mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi. Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.

Untuk lebih mudah faham, sila lihat video di bawah.

Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran




Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.



Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.

Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia. Apa yang anda faham?

Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi.

sumber:
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
10 November 2008

Ape Bank telah buat pada simpanan kita??


Kenapa Kita Kene Simpan Emas, Tengok Ni..!!!!


Klik gambar untuk lebih jelas


Klik gambar untuk lebih jelas

Sistem Kewangan Kita, Bank dan Emas, Sedar tak korang?????

  1. Sebagai orang awam, kita bekerja setiap hari untuk mendapatkan nafkah dan hasil titik peluh yang kita dapat, majoriti daripada kita akan simpan wang yang kita perolehi ke dalam bank swasta.
  2. Setelah kita menyimpan duit hasil titik peluh kita (income) ke dalam bank swasta, bank swasta tersebut akan menggunakan aset kita tadi untuk menjalankan perniagaan mereka di mana mereka akan menggunakan aset yang kita simpan dengan memberi pinjaman kepada orang lain seperti yang memohon loan dari bank swasta tersebut dengan mengenakan faedah mengikut peratus (%) yang ditawarkan (seperti yang kita selalu terima pamplet2 untuk kredit kad atau loan peribadi). Kerana ini adalah main core bisnes bank adalah untuk mendapat profit daripada faedah (interest) yang ditawarkan melalui program-program/produk pinjaman yang diberikan. (pendek kata produk bank adalah duit yang dirolling-rolling untuk menjana profit, riba kan tuh? perdagangan produk berdasarkan duit itu sendiri tidak boleh dalam islam, kalau salah tolong perbetulkan).
  3. Dalam pada itu, kadangkala bank swasta tersebut tidak dapat memenuhi permintaan peminjam kerana faktor jumlah aset penyimpan dalam bank swasta tersebut kurang daripada jumlah peminjam.
  4. Untuk mengatasi masalah ini, bank swasta ini akan membuat permohonan kepada bank Utama (Federal Bank dalam sesebuah negara yang selalunya dikawal oleh kerajaan negara tersebut) untuk membuat pinjaman supaya bank swasta dapat membekalkan duit kepada peminjam mereka. Dengan kata lain, memberi hutang.
  5. Dengan persetujuan Federal bank, Federal bank ini akan memberikan pinjaman kepada bank swasta tersebut dengan faedah % tertentu seperti mana sistem bank swasta mengenakan faedah kepada peminjam mereka.
  6. Tapi, persoalan yang timbul, dari manakah federal bank tersebut mendapatkan peruntukan duit mereka? Federal bank ini akan mencetak duit bersandarkan aset sesebuah negara tersebut. Aset ini juga boleh dikatakan daripada jumlah cukai yang dikutip atau simpanan emas, perak atau sumber-sumber berharga.
  7. Kebiasaanya duit yang dicetak ini adalah berdasarkan simpanan aset sesebuah negara seperti emas atau perak. Kita boleh anggap jika dibandingkan seperti ini pada awalnya: harga seperti sekeping RM1 bersamaan 1g emas. Tetapi apabila federal bank ini mencetak wang dimana dari sekeping RM1 kepada 2 keping RM1 bersandarkan emas yang sama iaitu 1g emas, maka inflasi telah berlaku dimana RM1 tadi bukannya 1g emas seperti situasi yang awal tadi, tetapi nilai RM1 tersebut telah bersamaan 0.5g emas. Inflasi ini berlaku apabila Federal bank mencetak banyak duit kertas kerana aset2-aset tersebut telah dipecah2kan nilainya walaupun angkanya pada pandangan mata kasar masih RM1 tetapi bagi mereka yang sedar, kuasa membeli pada orang awam akan berkurangan melalui peningkatan harga barang.
  8. Ini menunjukkan bahawa inflasi mempengaruhi sistem duit kertas yang kita pakai kerana kita boleh anggap inflasi ini sebagai a silent Thief.
  9. Bagi mereka yang makan gaji, mahukah anda bekerja pada awal tahun 1 bulan untuk 1 bulan gaji tetapi pada akhir bulan anda bekerja 1 bulan tersebut dan gaji yang kurang daripada 1 bulan gaji walaupun dengan angka yang sama tetapi hakikatnya kuasa membeli anda kurang kerana faktor inflasi.
  10. Dan perkaitan dengan emas pula (atau perak) difahamkan pada zaman dahulu di samakan 1 dinar bersamaan 1 ekor kambing. Dan pada waktu artikel ini ditulis, satu ekor kambing juga adalah bersamaan 1 dinar. Tiada perbezaan nilai yang disandarkan mengikut masa.
  11. Tetapi, jika keadaan yang sama anda membeli seekor kambing dengan menggunakan duit kertas mungkin zaman dahulu harga kambing RM 400 tetapi sekarang harga tersebut telah meningkat kepada RM700. Dapatkah kita sedar dengan melihat perbezaan kedua-dua sistem? ( ini saya berdasarkan kepada duit kertas tersebut bersandarkan dinar mengikut masa/zaman untuk membeli seekor kambing). Dapat dilihat di sini faktor sebenarnye bukanlah disebabkan harga emas itu yang naik, tetapi nilai duit kertas itu sendiri tidak kukuh dan jatuh kerana tiada kesetaraan nilai antara dua-dua pihak.
  12. Contoh lain, jika anda merancang ingin menyimpan sebanyak Rm50 000 pada waktu ini dan nilai itu dikatakan banyak tetapi adakah anggapan nilai itu sama apabila pada masa hadapan dengan rm50 000 tersebut? sudah tentu tidak kerana anggaran 10% inflasi berlaku setiap tahun dan RM 50 000 pada waktu itu mungkin rumah kos rendah pon tak dapat nak beli.
  13. Faktor yang membuatkan duit kertas ini tidak kukuh adalah kerana sifat duit kertas itu sendiri yang senang dicipta dan senang hilang nilainya begitu sahaja apabila dikoyak atau dibakar. Berbeza dengan emas di mana emas jika dalam bentuk serbuk atau cecair, nilainya masih ada dan beharga.
  14. Faktor lain pula ialah duit kertas hanya diperakukan oleh kerajaan sesebuah negara itu dan tidak bersifat universal. Katakanlah kalau sesebuah negara mengalami bencana perang atau sebagainya, nilai duit tersebut secara automatik akan jatuh merundum walaupun masa itu kita mungkin ada berjuta-juta jumlahnya pada duit kertas tetapi adakah ia dapat digunakan pada masa itu? Berlainan sifat emas itu sendiri yang bersifat universal dan semua negara menerima emas sebagai piawai barang berharga kerana emas berdasarkan berat menjadikan emas itu diperakui bernilai.
  15. Bagi sesetengah orang, duit kertas ini seperti kita dipukau dan dipaksa percaya bahawa yang sememangnya duit kertas tersebut sememangnya bernilai tetapi pada realitinya ia hanya sehelai kertas yang boleh dikoyak-koyak dan hancur.
  16. Seperti juga andaian seorang itu membeli baju yang kurang kain tetapi mahal dan orang lain kagum dengan baju tersebut tetapi apabila salah seorang dari mereka mencelah dengan menjawab baju tersebut tak cukup kain tetapi ketidak pedulian orang lain terhadap fakta tersebut menjadikan duit itu diterima. Ini menunjukan orang ramai tersebut dibrainwash / dipukau untuk mendapatkan kepercayaan bahawa kain tersebut bernilai tapi pada dasarnya baju tersebut memang tak cukup kain untuk memenuhi keperluan asas. Ini sama juga situasi antara duit kertas dan emas kerana kita disuruh yakin bahawa duit kertas yang dipakai sekarang ini mempunyai nilai berdasarkan angka yang terdapat padanya tetapi realitinya ia hanyalah sehelai kertas atau seperti resit hutang yang senang hancur. Faktor penyimpanan kekayaan adalah suatu perantaraan dagangan itu mestilah bersifat tidak hancur dan tidak boleh dicipta. Seperti minyak, ia tidak dapat dicipta dan itu yang menjadikan minyak sangat berharga. tetapi disebabkan ia mudah lupus, jadi minyak secara logik tidak boleh dijadikan wang.. maybe sistem barter boleh dan alternatif lain adalah emas serta precious metal yang lain seperti perak, platinum.
  17. Faktor orang ramai menerima sistem duit kertas juga terjadi kerana orang ramai berasa takut dan tidak selamat untuk menyimpan emas kerana kes kecurian dan ini memberikan mereka alasan untuk memberi aset mereka kepada orang atau organisasi seperti bank untuk dipegang dan faktor mudah dibawa, mudah access secara online dan ade liquidity (kecairan) terhadap duit kertas yang bukan berdasarkan berat tetapi angka. Dan aset ini dimanupilasi tanpa kita sedar. Spekulasi terhadap mata wang ini juga salah satu faktor kerana duit telah dijadikan komiditi iaitu seperti barangan yang ada nilai turun dan naik.
  18. Emas ini berbeza sifatnya dengan duit kertas kerana susah diperolehi, tidak hancur, berdasarkan berat dan bukan angka. Jadi, faktor setaraan itu penting dalam sistem perdagangan kerana sifat emas itu sendiri. Ada orang berpendapat bahawa musuh bank adalah emas kerana jika emas mula digunakan secara meluas dalam kehidupan harian, perkhidmatan bank itu sendiri akan lumpuh.
  19. Dibuktikan bahawa sistem dinar (emas) telah bermula beribu-ribu tahun yang lalu berbanding sistem duit kertas yang hanya beratus tahun dan dalam jangka masa itu banyak negara menjadi lumpuh kerana penggunaan duit kertas ini.
  20. Oleh itu seperti yang saya huraikan, perkara-perkara ini kita dapat jadikan iktibar, pengajaran untuk menyimpan aset yang sebenar iaitu emas dan dirham. Selamatkanlah aset anda sebelum terjadinya perkara ini. Apa-apa yang salah diharap diperbetulkan. sekian.

1/2 dinar Kelantan dilocked pada harga RM348

Semalam berjaya mendapatkan secoin 1/2 dinar Kelantan yang dibeli dari officemate. Pada tarikh 26 April 2011 harga 1/2 dinar tersebut dilocked pada harga RM 348. Kire ok la.. ade simpanan lebih sikit terus sambar emas atau silver untuk simpanan walaupun yang paling kecil nilainya. Tapi menarik jugak tengok member-member yang simpan silver sebab value yang naik secara mendadak dan cepat. Boleh tengok gambar 1/2 dinar yang dibeli dicapture kat bawah ni

Sedikit fakta mengenai Silver / Perak/ Dirham



Berikut adalah graf unjuran silver mengikut harga dan masa:

Harga silver dalam sebulan


Harga silver dalam setahun