war of the world

PENGKAJIAN TERHADAP FILEM BARAT WAR OF THE WORLDs MENGIKUT PENAFSIRAN AKU SENDIRI..





assalamualaikom w.b.t ... hari ini aku terdetik sikit kat minda supaya saraf neuron dalam otak aku bercabang..hehehe.... kebanyakkan tentang filem hollywood yang di olah oleh barat sebenarnya adalah mengikut pengkajian mereka terhadap dunia yang mereka tahu dan bukan cerita kosong dan mungkin ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. tidak dinafikan lagi bahawa org barat mengkaji sesuatu sebelum membuat sesuatu dan ini dapat aku lihat menerusi filem terbaru dari Hollywood iaitu War Of The World lakonan Tom Cruise dan arahan Steven Spielberg. Terdapat mesej2 yang tertentu yang ingin disampaikan melalui filem mereka yang disebalik pemikiran kita memang secara tidak sedar atau perasaan namun setelah aku membuat penelitian yang agak mendalam dan juga ilmu yang aku tahu sedikit sebanyak aku ada beberapa andaian yang hendak dibuat.

pertama sekali apabila pada permulaan cerita tersebut yang mengatakan planet kita diobserve atau di perhatikan, tidak aku nafikan sememangnya dunia kita diperhatikan tetapi diperhatikan oleh siapa?.... tertanya tanya oleh aku siapa yang memerhatikan kita? dan aku tersudah tentu Iblis atau seterunya dajal yang memang matlamat mereka untuk menyesatkan umat manusia sepanjang hayat. Daripada buku-buku dan maklumat yang aku ketahui seperti DAJAL DI SEGITIGA BERMUDA DAN BERDIALOG DENGAN JIN, dajal adalah seorang yang amat geliga otaknya dan matanya cacat disebelah dan dianggap manusia bermata satu. Ilmu teknologi yang diperolehi oleh dajal adalah 100 bahkan beratus ratus tahun majunya daripada zaman manusia. Dajal dikurniakan oleh Allah SWT umur yang panjang dan geliga otaknya.di dalam buku tersebut juga menceritakan segala yang dikatakan oleh UFO sebenarnya adalah rancangan dajal dan iblis sendiri untuk mengaburi pandangan manusia bahawa itu adalah makhluk asing tetapi sebenarnya ia adalah ciptaan dajal yang berpusat di segitiga bermuda. segitiga bermuda adalah tempat dimana pertembungan arus panas dan sejuk dan tercatat di dalam Al-Quran bahawa situasi tempat yang disebutkan di atas adalah tempat dimana iblis menetap dan pangkalan serta istana dan mempunyai lebih dari 10 lokasi segitiga bermuda selain dari puerto rico di Amerika.
aku meneliti lagi cara makhluk asing yang datang menyerang bumi dan aku pun berfikir iblis sememangnya berbentuk seperti api kilat kerana diorang dijadikan seperti itu.. so terdetik lagi fikiran... betul juga apa yang diorang buat nih... mane tahu mungkin
iblis2 dah sememangnya mencipta apa apa yang berhasrat menjatuhkan manusia dan menyesatkan lagi kerana otak dajal geliga dan kemajuan yang dikecapi oleh mereka dapat diaplikasikan menyesatkan manusia. mungkin pangkalan2 yang digunakan adalah untuk mencipta mesin atau apa2 peralatan dan menunggu masa untuk digunakan... fikir fikir balik sememangnya cerita ini ada kaitan. kemudian aku kaitkan dengan tokoh barat Nostradamus yang mengatakan sesuatu dari luar akan menyerang bumi dan beliau dianggap oleh barat seorang tokoh ramal yang hebat kerana pernah meramalkan tentang hitler dan perkara2 lain yang telah berlaku. aku juga pernah terdengar cerita dari buku-buku majalah yang mengatakan pada suatu masa dunia ini semakin ramai perempuan dan lelaki semakin sedikit dan pada masa itu org dari luar akan berkahwin dengan perempuan bumi... ade gak kaitan aku rasa.. tapi yang lebih jelas aku rasa orang barat mengganggap makhluk asing yang akan datang menyerang manusia tapi bagi aku, pada andaian yang aku buat sebenarnya ia adalah rancangan dajal yang sengaja mengelirukan semua manusia yang ia adalah makhluk asing tetapi sebenarnya di bawah bumi kita sendiri.. terdetik aku pabila ia datang DARI BAWAH TANAH DAN SECARA KILAT
makhluk asing itu memasuki bawah tanah...iblis dari api bukan dan ia suka kepada kilat dan api...hmm... dan dajal aku pernah terdengar cerita sentiasa mengorek tujuh lapisan bumi untuk sampai ke permukaan tapi bila korek punya korek bila azan kukunya patah.. so dari bawah tanah jugak kan? geliga..dajal otak pandai..! hmm... ade kaitan... dan aku tgk plak ciri2 kapal angkasa alien tuh yang serang manusia..ade bentuk2 bermata satu... macam dalam dollar amerika... yang kemudi kapal angkasa tuh plak macam jin iblis atau askarnya2 kerana iblis mempunyai ramai askar dibawah yang berbagai2 pangkat, sememangnya jin pendek dan jari panjang2 pastuh plak muke buruk.. hmmm... berkait lagik.. so akan pun fikir dengan jelasnya bahawa pengarah cerita ini adalah Steven Speilberg yang sememangnya keturunan yahudi dan beliau sememangnya mengkaji dan mengaplikasi apa yang distudynya ke filem... so sememangnya cerita ini terselit2 mesej yang kita sendiri tidak sedar.. allahualam.. ini hanyalah andaian aku sendiri harap maklum..


mata satu pada dollar amerika yang bererti world new order ntah aper ntah...!~

0 comments: