FINISHING SCHOOL DAN FUTSAL



Malam semalam telefon berbunyik... nombor yang tertera kat screen hanset aku menunjukkan talian tetap di parit raja... aku dengan rase was-was mengangkat panggilan tersebut. Seorang pegawai UTHM telah menelefon aku supaya menghadiri suatu program yang bernama Finishing School. dalam kepala aku.. arghh.. kenapa la aku pergi angkat telefon beliau... nak tanak aku terpakse la pergi ke program tersebut dengan niat yang terpakse... dengan alasan yang diberikan kepada member aku sorang ni bahawa sijil ijazah akan ditahan jika tidak mengikuti program tersebut... arghh....!!!~ alangkah tension nyer.

7.45am

bersiap-siap memakai pakaian untuk mengikuti program tersebut... perasaan hiba bercampur kerana pada hari hujung minggu ni terlihat member2 tido degan nyenyak di awal pagi dan sebaliknya berlaku pada diri sendiri... isk isk isk....

8.30 am

menregister kan diri di dewan DKA .. dapat file free... pensil sebatang free... dapat tag name free... baju free takde la plak...

dgr ceramah dari seorang dr tentang sains physic..tak amik port pon... time ni terase ngantuk sebab perut kosong... tgh pikir ape sarapan yang akan disediakan...

10.00 am

mase untuk melahap makanan breakfast yang disediakan

10.30 am

masuk semula ke dewan.. awal-awal dah plan nak cabut dengan hailmey.. tapi malangnya tidak berkesempatan dan didorong oleh pereport pereport kaum hawa yang tidak boleh melihat kesenangan kami... dan terjadi satu kejadian yang tidak disangka...
AAAh S**T!!!!... kene bahagikan kumpulan and organize satu event utk projek nie... arghh.. kumpulan kami terdiri dari 5 org diberikan satu tugas iaitu membuat proposal or paperwork untuk event pada hari kerjaya dan kami memilih untuk organize FUTSAL tertutup UTHM. time2 nak hujung sem macam ni plak banyak lak keje timbul....


4.30pm

presentation kami agak memuaskan dan diterima pakai.... dan yang paling susahnyer.. terpakse MEREALISASIKAN projek tersebut... mak aih.. dah cam Apprentice plak dah ....

oleh itu sesape yang ingin menyertai perlawanan FUTSAL bolehla mengontek aku untuk penyertaan sempena hari kerjaya...

kontek email kat sebelah blog aku nih untuk meklumat lanjut.. sebanyak 32 team diperlukan. marilah join ramai2 untuk mereleasekan tension anda... hehehehehe


2 comments:

Nashrex said...

patot laa sebok sgt nak buat futsal..
hahahaha

khaizam said...

hahha..ko gelakkan aku yer... tgk lak ko time last sem nanti... ko buat projek ape lak...