TIPS BAGI INGIN MEMBELI EMAS PADA HARGA YANG RENDAH UNTUK LONG TERM INVESTMENT


Bagi pelabur emas, chart adalah sangat penting dalam membuat keputusan dalam mempastikan keputusan yang diambil menguntungkan. Chart adalah salah satu tool yang bukan sahaja hanya menunjukkan turun naik harga dalam tempoh tertentu, tetapi ia juga seperti bercerita kepada anda tentang sesuatu apa yang telah terjadi dan bakal terjadi terutamanya mengenai ekonomi semasa. Penghayatan diperlukan dalam memahami apa yang chart ingin sampaikan. Ini kerana bagi pelabur untuk jangka masa lama, waktu untuk membeli harga yang paling rendah sememangnya diidam idamkan. 

Secara ringkasnya, bagi yang ingin membeli pada harga yang betul-betul rendah, seseorang itu hendaklah sentiasa monitor harga semasa. Di bawah ini adalah gambar chart untuk anda yakin dalam membuat keputusan dalam membeli emas ketika harga betul-betul rendah. 

Chart mingguan lebih reliable kerana lebih panjang tempoh, lebih tepat dan lebih banyak masa untuk membuat keputusan yang boleh diambil. Jika dilihat, Selepas downtrend yang menjunam pada April 2013 dan RSI mencecah oversold (seperti yang dibulatkan), downtrend masih berlaku, dan dengan ini kita perlu menunggu sehingga RSI oversold yang kedua yang bakal tiba. Jadi untuk anda semua, masa yang terbaik untuk membeli emas adalah ketika RSI tersebut berada dibawah nilai 30 pada carta mingguan. (oversold)


Sama juga pada carta bulanan, untuk lebih meyakinkan, boleh juga pastikan RSI tersebut berada di paras oversold. Tapi bagi saya, memadai untuk carta mingguan.

Jadi point yang perlu dititik beratkan disini ialah:
1. Carta mingguan masih lagi downtrend iaitu puncak tinggi antara puncak tinggi still (zig zag ke bawah)
2. RSI berada di bawah 30. untuk tindakan diambil membeli emas.



0 comments: