citer best

Giliran Yakjuj & Makjuj Pula Yang Bermaharajalela.

Setelah turunkan wahyu itu, maka Allah pun keluarkan Yakjuj & Makjuj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.Lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu pada masa itu menjadi lebih baik buat mereka daripada 100 dinar kepada seseorang itu.

Lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka itu, maka Allah S.W.T hantarkan ulat-ulat untuk menyerang batang leher yakjuj & Makjuj itu.

Yakjuj & Makjuj pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun dibumi itu melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj & Makjuj itu.

Masalah Dihadapi Dunia Setelah Berakhirnya Zaman Dajal serta Yakjuj & Makjuj

Maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutya merayu lagi kepada Allah supaya menghilangkan bangkai busuk makjuj dan makjuj dari muka bumi. Lalu Allah hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta.

Selepas itu,kumpulan burung itu mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah.

Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang mana kekuatan airnya tidak dapat ditahan oleh sebarang bangunan daripada meliputi serta mencuci muka bumi ehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.

Keadaan Menakjubkan Berlaku Selepas Berakhirnya Kemungkaran Dajal serta Yakjuj & Makjuj.

Setelah itu, Allah berfirman kepada bumi;
“Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu”

Maka pada masa itu, sebilangan orang
1)Boleh kenyang dengan memakan buah delima dan boleh berteduh dengan kulitnya.
2)Diberkatkan Allah pada susu sehingga
a)Susu seekor unta perahan mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya

b)Susu seekor lembu perahan mencukupi unuk diminum oleh satu kabilah.

c)Susu seekor kambing perahan mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum

Nabi S.A.W bersabda lagi;
“Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut, tiba-tiba Allah menhantarkan sejenis angina yang baik, lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik(mukmin dan muslim) dan tinggalkan sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan behubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlaku hari kiamat”.

Namun pada satu riwayat yang lain pula berbunyi;
“Kemudian Allah menghantarkan sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah Negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal diatas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu”

Nabi S.A.W bersabda lagi;
1)“Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk”

2)“Pada saat itu, syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya;
Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajaranku?”
3)“Maka mereka bertanya; jika demikian, apa yang engkau suruh kami lakukan?”
4)“Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan tuhan (konon), mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….”

(Hadis Riwayat Muslim)

0 comments: