TIPS MINYAK

TIPS MENJIMATKAN MINYAK KERETA KITE

Percayakah anda bahawa cara dan masa mengisi minyak boleh membantu anda mendapat semaksima mungkin drp harga yang tidak banyak?

Caranya begitu mudah di mana apabila kita mengisi minyak selalunya kita akan menekan "Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan nozzle minyak tersebut secara minima yang boleh dan anda akan menunggu agak lama untuk pam tersebut berhenti mengikut jumlah wang yang dibayar. Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda PERCAYA bahawa penjimatan tersebut adalah luarbiasa.

Sebagai contoh sebelum ini pada setiap RM10.00 petrol saya akan mendapat perjalanan sejauh 100km sahaja, untuk perjalanan di dalam bandar. Selepas mencuba kaedah di atas,saya tidak menyangkabahawa perjalanan saya kini kepada 150 km dengan kadar RM10.00 juga. Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol (Shell/Petronas/Caltex/Projet dll) memang ada kebenarannya. (Ini semasa perjalanan saya di Malaysia bbrp tahun nan lepas. La ni mungkin lagi mahal kot.)

Saya telah bertanya kepada yang arif tentang petrol, dan memang benar jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas (lebih banyak gas daripada petrol). Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang akan dipamkan ke dalam tangki kereta kita. Pada kadar sederhana setengah minyak setengah gas lah agaknya. Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan sekarang di mana harga petrol kian meningkat...

Terdapat andaian yang mengatakan : WALAUPUN KERAJAAN PERNAH MEWAJIBKAN SELF-SERVICE "LAYANDIRI" DI PAM MINYAK SUATU MASA DAHULU -Sehinggakan ramai bangla pam minyak diberhentikan kerja - TAPI, KINI TAUKEH2 KEDAI MINYAK KEMBALI MENYEDIAKAN PEKERJA UNTUK TOLONG ISI MINYAK PADA KENDERAAN ANDA + SELAIN MENCUCI CERMIN DEPAN, BELAKANG KERETA ANDA, KAN? ...SEBABNYA Taukeh kedai minyak tersebut mahu minyak di pam secara cepat agar merekalebih untung!" .........

Tips tentang "masa sesuai" untuk mengisi minyak kenderaan :

1. Lebih baik isi minyak pada waktu malam atau awal pagi, untuk mengelakkan minyak bercampur dengan wap air (wap air yang terjadi apabila suhu panas C° di dalam tangki besar - yang terletak di bawah kedai minyak). Petrol yang bercampur air PASTINYA cepat merosakkan enjin kenderaan anda.

2. Cuba kurangkan mengisi minyak pada waktu PANAS TERIK/SIANG HARI kerana wap air paling banyak pada waktu ini, tetapi jika tidak boleh dielakkan, cuba isi minyak seminimum yang boleh, sekadar sesuai untuk kegunaan anda, agar anda boleh isi semula pada waktu malam hari.

Selamat Mencuba. Semoga Berjaya.

"kalau enjin kereta anda twincam plus capasiti cc enjin rendah lagi save minyak...contoh cam kereta perodua kelisa, perodua kenari... toyota tech. enjin VVT-i . 1.5 dan 1.6 dan Honda City tech enjin V-tec 1.5." - terima kasih kepada schoolmate kawan saya for the tips.

Saya juga berharap jika anda ada tips2 anda sendiri tentang cara2 menjimatkan minyak kenderaan, silalah letakkan di dalam ruangan komen, ok? Tapi kalau setakat nak bgtau pakailah motosikal, basikal, beca or berjalan kaki, nenek abang saya pun tau. Be serious, ok? ..^_^..

0 comments: