KONTROVERSI DEWA YANG PANAS... ALAHAI APE NAK JADI NGAN DUNIA NIH..ISHHHH
aku ade terjumpa artikel ttg cerita pasal kumpulan dewa... tgh panas skang nih... so artikel nih aku paste jer erk...
Assalamualaikum...
Tokoh budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi berkata,"Saya sebagai orang
yang telah lama mempelajari dan mendalami Zionisme BERANI mengatakan
bahawa ini (Kumpulan Dewa) merupakan usaha penyebaran simbol-simbol Yahudi
yang terbesar dalam sejarah Indonesia." Bekas anggota Dewan Perwakilan
Rakyat (DPR) yang kini dikenali sebagai tokoh budayawan pernah
menjejakkan kaki ke Israel untuk mempelajari Zionisme dan agama yahudi.
Ridwan mendakwa, gambar piramid yang terdapat pada kulit album DEWA 19
(1992) adalah mirip lambang gerakan rahsia Zionisme (Illuminati) yang
dicipta oleh Adam Weishaupt (1748-1830). Weishaupt adalah pemimpin
gerakan 'Ancient and Illuminated Seers of Bavaria' (AISB), sebuah gerakan
rahsia Masonic yang memperjuangkan doktrin Luciferic di bawah payung
pertubuhan Freemason antarabangsa. Logo yang sama juga boleh ditemui pada
wang kertas US$1 dengan moto NOVUS ODO SECLORUM yang bermaksud Tata
Dunia Baru (New World Orde). Ini secara tidak langsung telah memberi maksud
akan usaha gerakan Zionisme untuk menguasai dunia, apa yang telah
mereka capai dalam pelbagai bidang termasuk muzik dan hiburan pada masa
ini!!!
Dalam album TERBAIK-TERBAIK (1995), Ridwan mendakwa simbol yang
terpampang pada kulit album itu adalah imej DEWA RA (dewa matahari dalam
metologi Mesir Kuno) yang diterima oleh penganut yahudi sebagai salah satu
Tuhan mereka.
Seperti orang Islam dan Kristian, Yahudi turut menyembah Allah yang
dipanggil YHWH (Yehweh) tetapi TUHAN bagi mereka bukan ESA atau satu.
YEhweh (Allha) sebaliknya dianggap sebagai LORD OF THE LORDS (Tuhan segala
Tuhan) yang selain Allah ada lagi tuhan-tuhan yang lain. (Dalam album
Laskar Cinta, Ahmad Dhani turut menyebut ALLAH SWT sebagai LORD OF THE
LORDS)??? "Dalam album yang sama, ada pula satu halaman PROTOCOL OF
ZIONS (Protokol Zionis) dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi) yang siap
dengan judul dan logo." katanya yang memang menguasai bahasa tersebut.
Simbol Protocol Of Zions yang berbentuk mata menggambarkan perjuangan Zionis
untuk 'memerhati' dunia dan menguasainya.
Dikatakan mata itu juga adalah sempena mata OSIRIS, salah satu daripada
dewa yahudi. Ada juga orang menganggap simbol mata satu itu adalah
'MATA DAJJAL' atau mata syaitan (Evil Eyes).
Dalam album THE BEST OF DEWA 19 (1999), terdapat simbol panah dan garis
lurus yang memotong salib. Itu merupakan salah satu simbol gerakan
Freemason, pertubuhan yang menaungi segala kegiatan Zionisme antarabangsa
melalui gerakan sulit dalam pelbagai bidang seperti kebajikan, ekonomi,
politik dan sebagainya.
Dalam album BINIMA (2000), gambar sayap yang digunakan merupakan simbol
kumpulan THEOSOFIE, sebuah pertubuhan keagamaan Yahudi. lambang sayap
juga adalah lambang rasmi DEWA yang turut digunakan dalam album ATAS
NAMA CINTA I & II (2004). Album CINTAILAH CINTA (2002) pula memuatkan
simbol EYE OF HORUS. Horus adalah Dewa Burung, salah satu dewa orang Yahudi
yang berasal dari mitologi Mesir Purba. Selain itu, banyak terdapat
simbol mata gerakan Freemason. Dalam album terbaru LASKAR CINTA (2005)
turut mencetuskan kontroversi ialah lagu 'SATU' yang bagi Ridwan Saidi
membawa mesej ajaran sesat WAHDATUL WUJUD yang dipelopori Sheikh Siti
Jenar yang turut dikenali dengan penggilan AL HALLAJ.
Dalam kata-kata aluan di kulit album, Ahmad Dhani sendiri dikatakan
mengesahkan 'hubungan' itu dengan ungkapan :"THANKS TO: AL-HALLAJ"
manakala di bawah lirik tersebut pula terbdapat ucapan :"THANKS TO SYEKH LEMAN
ABANG". 'SYEKH LEMAN ABANG' adalah nama lain bagi SHEIKH SITI JENAR!!!
Satu lagi kontroversi yang dicetuskan apabila Ahmad Dhani dalam ruangan
kata-kata aluan menulis :"DHANI THANKS TO...JAN PIETER FREDERICH KOHLER
(THANKS FOR THE GEN)" yang bermaksud :"DHANI BERTERIMA KASIH
KEPADA...JAN PIERTER FREDERICH KOHLER (TERIMA KASIH ATAS DARAH KETURUNANNYA).
Ridwan mendakwa, Jan Pierter Frederich Kohler yang disebut Ahmad Dhani
merupakan nama datuk dari keturunan sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela
Kohler. KOHLER katanya adalah nama keluarga atau nama marga orang
Jerman. "Dhani ternyata begitu bangga akan darah keturunannya itu." kata
Ridwan.
Kini terlerailah sudah tanda tanya mengapa selama ini dia sering
mengenakan kalung yang berloket Bintang David, simbol zionis seperti yang
terdapat pad bendera negara Israel. (Pada lewat tahun 1990an dulu, seorang
artis wanita Malaysia juga pernah mencetuskan kontroversi kerana
memakai loket simbol yang sama).
Renungkanlah dan fikirkanlah sebelum terlajak jauh. Seluruh negara,
bangsa dan agama di dunia ini mengakui alam nusantara , terlalu kuat
pegangan Islamnya. Dikatakan sehingga kini bangsa paling berpengaruh iaitu
bangsa yahudi terlalu sukar untuk menembusi akal pemikiran bangsa melayu
di alam nusantara untuk mengikut agama mereka. Ini juga merupakan salah
satu cara gerakan yahudi untuk menghancurkan Islam di sebelah Timur.
Jangan kita menjadi bangsa Arab, telah lemah segala-galanya dengan
tekanan Zionisme. Perlu diingat, selepas rantau timur Tengah telah dapat
mereka kuasai, Zionis akan datang ke Timur atas sebab-sebab yang telah
mereka rancangkan ratusan tahun dahulu. Sekian."
perkataan Laskar Cinta yg ditulis seperti atas cover album Malayneum (Butterfingers).
'LAFDHUL JALALAH' (ALLAH) <-- sebutan asal tulisan jawi sebelum di modifikasi menjadi bentuk LASKAR CINTA...
Kumpulan Dewa Pejuang Yahudi
Baru-baru ini, Indonesia telah digemparkan dengan insiden 10
April 2005
apabila Kumpulan Dewa, group terkenal di republik itu didakwa telah
memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang yang disiarkan
secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta.
Ustaz Wahfiuddin, seorang pendakwah terkenal yang secara
kebetulan menonton siaran langsung itu telah membuat aduan ke stesen TV tersebut, mendakwa logo yang dipijak oleh Dewa sebenarnya adalah kaligrafi kalimah 'ALLAH'. "Orang yang mengenal huruf Arab dan sedikit faham mengenai seni akan langsung mengetahui bahawa logo di lantai yang diinjak- injak itu adalah kalimah ALLAH," katanya. Aduan itu terus diberi perhatian oleh Pengarah Trans TV, Ishadi SK dan sudut penggambaran kamera diubah serta merta sehingga akhir pementasan.
Pihak Trans TV bagaimanapun mengundang Ustaz Wahfiuddin ke
stesen tersebut untuk berdepan dengan Ahmad Dhani selaku ketua kumpulan Dewa bagi merungkai kekusutan dan menjernihkan semula keadaan yang bersebab pada kaligrafi dan dakwaan pendakwah tersebut. Wahfiuddin telah menunjukkan
sendiri kepada Ishadi dan Ahmad Dhani sendiri sebuah buku
berjudul 'The Cultural Atlas Of Islam' karya Prof. Dr Ismail Faruqi yang
memaparkan imej bintang yang sama berupa tulisan kaligrafi Arab dari
ungkapan 'LAFDHUL JALALAH' (ALLAH). Ahmad Dhani berusaha menafikan dengan mengatakan terdapat perbezaan antara
'LAFDHUL JALALAH' dan Laskar Cinta kerana lambang yang dipijak
itu sudah dimodifikasikan. "Dhani telah memodifikasikannya dengan mengisi bahagian tengah dari huruf terakhir (ha). Tapi bagi orang yang mengenal huruf Arab, modifikasi itu tidak mengubah bentuk dan maknanya secara signifikan," kata Ustaz Wahfiuddin.
Didin Sirajuddin AR dari Lembaga Kaligrafi Al Quran (LEMKA)
bersetuju bahawa lambang kaligrafi Laskar Cinta adalah simbolik dari
kaligrafi Arab 'LAFDHUL JALALAH'. Apabila ditanya mengenai perbezaan seperti yang dinyatakan Ahmad Dhani, Didin berkata, lambang itu tidak
sepenuhnya mirip tapi ia boleh dibaca dengan tulisan kufi (kubisme) sebagai ungkapan ALLAH.
apabila Kumpulan Dewa, group terkenal di republik itu didakwa telah
memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang yang disiarkan
secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta.
kumpulan DeWA memijak kaligrafi kalimah Allah dan Dhani memakai kalung David iaitu bintang yg terdapat di bendera Israel
menunjuk kaligrafi kalimah Allah
Interview
Laskar Cinta
perhatikan dengan teliti (kpd yg tak tau) di logo Laskar Cinta terdapat Kalimah Allah
perhatikan
0 comments:
Post a Comment