THE HOPE AND THE HOPELESS EMOTION
dalam beberapa hari ini aku sibuk denga urusan peribadi aku... terkejar ke sana sini untuk menyelesaikannya.. tapi bagus gak untuk meluangkan masa yang terbuang begitu sahaja dan akhirnya pada hari ini aku dapat bernafas semula di atas sebuah kerusi empuk bertakhta kan monitor COLOREAL dan cpu PRESARIO. pada pagi tadi aku bangun seawal mungkin untuk menjalankan aktiviti harian aku yang telah aku rekodkan dalam reminder outlook serta jadual yang terpampang di dinding bilikku, ianya dimulakan dengan pergi ke BSN untuk membeli angka-angka password untuk pengisian borang yang sememangnya aku nantikan. setelah selesai membayar aku pulang dengan penuh harapan bahawa kali ini masa depanku akan menjadi seperti apa yang aku harapkan dan insyallah aku harap ia akan tercapai dan alhamdullilah segala kerja yang dilakukan telah diselesaikan dengan baik skali. Namun hari tidak semestinya panas pada sebelah malamnya pula harapan yang telah aku bina telah pudar apabila sesuatu yang mengejutkan dan agak SHOCKED seperti hati yang dihiris apabila satu harapan yang datang sebagai gantinya harapan yang lain pula menghilang dengan tiba-tiba.adakah ianya kesilapan ku sendiri? walaupun terkilan tapi aku merasakan ia adalah satu takdir yang mungkin telah ditentukan... walau bagaimana pun aku tetap terus maju ke hadapan dan menjadikan ini sebagai kenangan dan pengajaran yang tidak dpt dilupakan.
0 comments:
Post a Comment