riview

TEORI DAN ReVIEW

untuk masa akan datang blog aku ini akan aku jadikan sebahagian daripada pandangan terhadap teori teori yang secara langsung atau tidak kepada ilmu yang aku kaji tidak kira dalam apa jua bidang ini kerana dalam masa terluang nie aku banyak menghabiskan masa untuk membaca dan mengkaji tidak kira la dalam bidang apa pun kerana ilmu itu terlalu luas ...ini juga adalah sebahagian daripada angan anganku untuk menerbitkan teori aku sendiri seperti para ilmuan yang terkenal pada masa masa dahulu. Panduan yang aku kaji ini sebahagian besar adalah daripada tafsiran tafsiran kitab Al-quran dalam menyahut seruan melahirkan para ilmuan Islam. oleh itu segala pandangan yang aku utarakan ini hanyalah untuk mematangkan diri aku dalam menimba sebanyak mungkin ilmu.



cahaya yang masuk ke dalam retina


antara cebisan ilmu yang aku dapat di sini ialah drpd surah Al quran iaitu


"hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. setiap kali kilat itu menyinari mereka . mereka berjalan di bawah sinar itu dan bila gelap menimpa mereka , mereka berhenti. Jikalau Allah mengkehendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Berkuasa atas segala sesuatu."

surah Al Baqarah ayat 20

ayat di atas menunjukkan bahawa sains dan islam selari dengan ilmunya walhal pada masa itu kemodenan belum lagi tercapai. cuba kita fikirkan. jika kita mengetahui sains kita tahu bahwa cahaya yang masuk ke dalam mata kita terus ke retina memberikan manusia penglihatan dalam meneruskan kehidupan dan merupakan deria yang paling penting. dan penghalangan cahaya itu menyebab penglihatan kita kurang jelas dan terbatas dan kilat ini adalah "cahaya". ini menunjukan bahawa Al Quran itu sains yang mengandungi pelbagai ilmu yang tersirat.

0 comments: