ungu violet

HMMM...hari hariku!~


menjalani waktu kehidupan yang tiada berkesudahan seperti biasa... klik pada mouse aku pada satu window di skrin komputer, terlampau byk cerita yang telah di download tapi masih lagi belum untuk aku membuka pintu hati untuk menonton..bukan nyer takde masa cume kene amik mood nak menghayati dalam sesuau cerita yang dipertontonkan..majoriti file cerita yang didownlod adalah anime iaitu katun jepun yang penuh dengan imiginasi dan fantasi tentang kehidupan yang tidak logik dan dipenuhi magic. Dalam seketika terlihat pulak sebuah moto kat luar yang tersadai megah menarik perhatian aku untuk memberikan perkhidmatan servis yang terbaik kepada beliau( moto aku..hehehe...moto buruk jer!~ ) kerana jasa beliau lah aku pada mase tua-tua dulu time belajar dapat kehulur kehilir ke kelas disamping membawa angin sepoi-sepoi seribu bahasa untuk menuntut ilmu dan kini setelah berjaya mencapai segulung diploma.. namun aku tidak mahu jasa beliau terhenti di situ sahaja kerana selepas ini masih banyak pertolongan daripadanya dan aku perlukannya dalam perjuangan aku yang seterusnya untuk menuntut sebanyak ilmu mungkin... dan kerana inilah aku berfikir bahawa aku harus memberikan jasa ku kepadanya sebaik mungkin juga iaitu menukar minyak hitam..hehehhe...


minyak itam brand nih yg aku pakai


Tiba di suatu gua yang gelap gelita ditemani bunyi-bunyi ngauman singa berbagai jenis membuatkan aku resah dan takut serta dipenuhi lecak hitam dan penghuninya yang kotor disaluti lumpur diseluruh bajunya menggerunkan aku. Namun begitu, pemikiran aku bertukar kepada logistik apabila penghuni didalamnya amat ramah dan memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada kuda hitam peliharaan aku (moto aku..hehehe.) dan yang aku maksudkan gua tadi adalah sebuah bengkel dimana tokeynya mempunyai tompokan-tompokan minyak di bajunya dan ngauman singa-singa sebenarnya adalah moto-moto yang sedang direpair untuk para pelanggan sedang di pulas sehingga full throttle mengeluarkan deruman enjin ekzos yang bingit dan kuat. Dalam menunggu adela satu brader melayu yang keje kat bengkel nih berchit-chat ngan aku sementara menunggu beliau menyiapkan moto aku, sementara itu datang pulak satu mamat nih lebih kurang umur 20an datang untuk menghantar moto beliau kerana didapati moto beliau mengeluarkan asap yang tebal dan banyak dan tidak semena-mena deal ngan tokei cine nih mamat tadi kene la diputar alam (bahasa pasar=kene kencing atau kene tipu bulat-bulat) dalam RM200 oleh tokei tadi.. *note sementara mamat nih deal ngan tokei nak betulkan moto... die, brader melayu nih tgh masuk dalam kedai buatkan aku nyer plat sebab patah so die tak dapat la deal ngan mamat yg datang tadi nih. Lepas die siap je nombor plat aku die pun masukkan minyak itam dalam enjin moto aku sambil berkata.. "ko nak tau tak?" kate abg tuh. "ape die bang?" kate aku dalam nada yang ingin serba tahu. "sebenarnye mamat yang datang tadi bilang asap die kuar banyak banyak erk pastuh tokei kate die kene rm200 kan?". aku pun kate la "aah" "sengal tul mamat tuh...memang la asap banyak sebab sapa suruh die pakai minyak diesel sumbat kat moto die..kan dah bulat bulat kene tipu ngan tokei tadi..kalau abg ade tadi abg sound je mamat tadi" "ye ker bang"tanya aku kehairanan. "kalau ko tak caye ko gi bau minyak ape yg die pakai...bau pengit ke tak?" so aku pun bau la dan ternyata la tiada apa apa bau yang timbul kerana minyak diesel kurang baunya dari petrol biasa. huhuhu abg tuh pun advise la "kalau nak deal ngan tokei bengkel kene pandai... diorang nih pun nak cari untung so belit punya belit, bute bute jer kene RM200 padahal tukar minyak petrol dah ok balik. yang mamat tuh pi letak minyak diesel buat ape takkan la tak cukup bujet nak beli petrol, pastuh komplen asap banyak!~"...huhuhuhu...antara peristiwa yang terjadi kepada diri aku sambil ketawa berdekah-dekah bersama brader tadi tuh.. hehehee...sib baik aku tukar minyak itam jer..takde kerosakan dalaman. so lepas nih boleh la aku deal ngan brader tuh jer.



detik-detik jiwang!~


selepas itu aku pun melayan la satu citer dari indon nih namenyer Ungu Violet.. citer die biase la criter tentang cinta dan aku citer cinte cenggini tak slalu layan dan beranggapan bahawa citer die typical ngan citer indon2 yg sebelom nih tapi dah disebabkan bosan sgt aku pun layan la.... lepas jer abih tgk citer nih timbul plak rase jiwa sentimental aku... huhuuhu... layan plak tgk citer cenggini.. memang ramai yang mengatakan citer nih best tapi dulu aku tak ler teruja sgt nak tgk citer nih cume suke lagu soundtrack padi yang brtajuk Menanti Sebuah Jawaban so aku menghayati la citer nih... dalam ketika itu juga la aku tertipu... di akhir babak dimana aku ingat mamat hero nih yang donate mata die ruper nyer orang lain... cinta sejati ape cam tuh...hehehehee....tapi ape pun layan gak la aku tgk citer nih sambil timbul saat saat jiwang di dalam bilik ku yang berwarna serba biru nih...!~

*tengok rumah dalam citer nih colourful macam sama je ngan bilik aku yang colourful....huhuhuhuhuuhu

0 comments: