tips tips menjaga petrol

huhuhu...fakta menarik tentang petrol dan penjimatan maksima...sesuai la utk diorang yang pakai kereta...

-Dua peraturan asas yang penting dan perlu kita ingat adalah memandu secara lebih efisien dan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik. Cuba praktikkan amalan berikut:


-Pandu dengan lancar. Pemanduan agresif (suka memecut serta kerap kali beralih di antara menekan pedal petrol dan pedal brek) amatlah membazirkan petrol. Sekiranya anda memandu kenderaan anda dengan lancar, anda dapat meningkatkan penjimatan petrol sehingga 33 peratus sewaktu memandu di lebuh raya dan lima peratus di jalan raya ibu kota.


-Patuhi had laju. Secara amnya, ekonomi optimum petrol boleh diperolehi di antara kelajuan 90 ksj hingga 100 kmj.

-Penggunaan petrol semakin meningkat apabila mengatasi kelajuan 100 kmj. Setiap peningkatan kelajuan lapan kmj melepasi 100 kmj akan meningkatkan penggunaan petrol kereta anda sehingga lima peratus.

-Pada kadar harga petrol hari ini iaitu RM1.52 setiap satu liter, pembaziran petrol adalah lebih tujuh sen setiap liter atau kira-kira RM4 setiap tangki penuh berisi 50 liter. Cubalah hitung pembaziran petrol kenderaan anda pada kelajuan 130 kmj.


-Selaraskan enjin. Membaiki enjin kenderaan yang tidak ditala atau kenderaan yang gagal ketika ujian pengeluaran asap dapat menjimatkan penggunaan petrol sebanyak empat peratus.

-Bagaimanapun, peratusan ini bergantung kepada faktor seperti jenis pembaikkan enjin dan bagaimana kerja pembaikkan dijalankan.


-Tukar penapis udara. Pemilik kenderaan digalakkan menukar penapis udara kerana penukaran secara teratur dapat menjimatkan petrol sebanyak 10 peratus.

-Penapis udara kenderaan anda dapat menghalang kekotoran serta melindungi enjin kereta daripada kerosakan. Penukaran penapis udara bukan sahaja menjimatkan petrol, ia juga dapat memelihara enjin kenderaan anda.


-Pam tayar dengan tekanan yang betul. Kenderaan anda dapat menjimatkan penggunaan petrol pada kadar 3.3 peratus sekiranya semua tayar dipam dengan tekanan angin yang betul.

-Setiap kekurangan satu psi pada tekanan udara, tayar kenderaan anda akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak 0.4 peratus.

-Jika tayar kenderaan anda kekurangan 10 psi, maka peningkatan penggunaan petrol adalah sebanyak empat peratus. Tayar yang dipam dengan tekanan angin yang betul juga akan tahan lebih lama dan adalah lebih selamat.


-Gunakan minyak pelincir yang disyorkan. Anda dapat menjimatkan petrol kenderaan anda pada kadar satu hingga dua peratus dengan menggunakan minyak pelincir disyorkan pengeluar.

-Sebagai contohnya, penggunaan minyak pelincir 10W-30 untuk enjin yang direka bagi menggunakan minyak pelincir 5W-30 akan meningkatkan penggunaan petrol pada kadar satu hingga dua peratus.


-Jangan biar enjin kereta melahu berpanjangan. Membiarkan enjin melahu bersamaan dengan kosong (0) kilometer setiap liter petrol yang dibakar dan mengakibatkan kehausan enjin. Rancanglah perjalanan anda supaya anda dapat menjimatkan masa serta petrol.


-Gunakan kuasa cruise. Dengan menggunakan kuasa Cruise, anda memandu pada satu kelajuan yang tetap ketika di lebuh raya, lantas dapat menjimatkan petrol kenderaan anda.


-Gunakan gear pacuan lebih (overdrive). Sekiranya anda memandu kenderaan dengan menggunakan gear ini, kelajuan enjin kenderaan anda menurun. Apabila ini berlaku, ia menjimatkan petrol serta mengurangkan kehausan enjin sesebuah kenderaan.

0 comments: