Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci

MESIN insinerator yang dibina khas untuk membakar ayat suci al-Quran.

PROSES memasukkan ayat al-Quran yang sudah diracik ke dalam mesin insinerator melalui pintu utama.



AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong


AL-QURAN, buku teks, surah Yasin serta keratan ayat suci yang dikumpul untuk dilupuskan.


DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran , menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidi n a Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.
Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan .
Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.

“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?

“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak dilangkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu ya n g terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak. Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Me n urut Rahmat, pihak n ya se n tiasa me n galu-aluka n ba n tua n ora n g ramai u n tuk memastika n al-Qura n ya n g sudah buruk, tidak berkulit da n terkoyak tidak diaibka n de n ga n dibiarka n begitu saja.

Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan .

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

Rahmat berkata, selepas usaha Percetaka n Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.

Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan al-Qura n di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.

“Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci al-Quran dan saya hanya memulakan dulu.

“Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara,” katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.

Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetaka n Saufi me n ga n jurka n program Skim Al-Qura n Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049/03-26915184.

Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini.

Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.

“Inisiatif Percetaka n Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini buka n mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela.

“Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad,” katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.

'Elak cebisan, abu al-Quran dipijak, langkah'

PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan , berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaa n dan penambahbaikan . Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.

Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik al-Qura n termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.

“Pada mula kami bakar naskah al-Qura n terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.

Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan .

Proses pembakara n dimulakan denga n meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.

Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut. Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.

Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.

Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran .

Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak.


RATE EMAS FIZIKAL

kenaikan harga emas (PG Gold bar) dalam 2010:

harga emas pada 25/03/2010 2:05am
....................sell.....................buy
20gram....RM 2578.00.....RM 2423.00
50gram....RM 6415.00.....RM 6062.00
100gram..RM 12769.00....RM 12131.00
1kilogramRM 127691.00...RM 121306.00

harga emas pada 22/12/2010 11:50am
....................sell.....................buy
20gram.....RM 3168.00.....RM 2978.00
50gram.....RM 7882.00....RM 7448.00
100gram...RM 15690.00..RM 14906.00
1kilogram.RM 156903.00.RM 149058.00

kenaikan dalam masa 9 bulan (x smpi sthn tu.... clap)

20gram = 15.52%
50gram = 16.10%
100gram=16.74%
1kilogram=16.73%

Fire Drill, 20g Emas

Rabu 22/12/2010

Seawal pagi hari ini, di pejabat aku telah mengadakan latihan Fire Drill .. ala.. latihan yang kena kumpul ramai- ramai kat kawasan lapang tuh...,di mana latihan kecemasan untuk kebakaran diberi untuk memberi kesedaran atau well-prepare pada para staff untuk menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran.

Tepat pukul 9.30 pagi, time tuh plak perut aku meragam disebabkan makan nasi lemak yang ditapau dari rumahku syurgaku.. slalu memang nasi lemak tersebut ditapau oleh diri ini disebabkan sampai-sampai pejabat jer dah pukul 8.30 pagi, so memang tak sempat a nak gi cafe untuk breakfast sebab terlambat atau memang saja kluar lambat.

Ketika lepas baru je selesai ehem.. ehem.. loceng fire alarm kat bahagian blok F ofis aku mula bunyi mendayu-dayu seperti lagu Ramli Sarip dengan kuatnya dan panjang meminta semua staff untuk turun secara selamat dan bergaya. Nasib baik dah selesai, tenang sket nak lari-lari ke bawah.. haha.. kalau tak memang tak hirau arr loceng tuh.. tak tenang dibuatnya... kalau betul2 berlaku memang terbakar hangus. Setiap tingkat / floor mempunyai seorang pegawai tingkat dimana beliau dipertanggungjawabkan memastikan semua orang di bahagian atau unit telah ada dan berkumpul kat bawah bahagian parking untuk di panggil nama kot-kot takut ada yang tertinggal, tak sempat turun, atau dah serong ke tempat lain macam sogo, pertama kompleks atau yg lagi hebat Mid Valley.

Ketika berkumpul, Pasukan Bomba daripada Jalan Hang Tuah datang dan memberikan demo kepada orang ramai untuk mengendalikan alat fire distinguisher (betul ke ejaan tu?). Acara ini dijalankan setiap tahun sebab tahun 2009 pon latihan ni pernah dijalankan.



Ni event demo latihan tersebut pada waktu tersebut



dan ini plak iklan ketika demo tersebut.. jgn marah ye.. ngeh ngeh ngeh

Pada sebelah petang pulak, aku telah jumpa seorang member ex classmate aku ni ni link blog beliau iaitu Taufan emas sebab die skang adalah agent jual beli emas yang sah dari Publicgold Sdn. Bhd, dan disebabkan keadaan ekonomi yang agak tidak menentu, aku pun telah membooking sebanyak 20g emas yang nilai terkini lebih kurang 3k. Saving dalam bentuk emas ni dah aku teliti sejak beberapa tahun lepas lagi, dan disebabkan banyak tgk dokumentari mengenai ekonomi semasa, aku rase emas memang bagus disimpan untuk future kita. Tak mampu nak beli rumah atau tanah, kita boleh start simpan emas dulu sebab stabil dan sentiasa naik. Dah cukup nilainya boleh la kita buat duit beli rumah atau paling kurang pun buat deposit beli rumah kan?


Kat sini aku nak share sket pasal apa aku kata emas ni elok untuk kita wat saving future berbanding wang kertas. Menagapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya sebab itu aset yang nyata dan bukan hanya berdasarkan nombor2 dan agak stabil

2. Harga emas kalau kita selidik, leh selidik kat website bank negara kalau korang nak...sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. dalam masa yang pendek memang ada turun naik.. tapi jangka masa panjang korang tgk la naik banyak mana..

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. ia bergantung sama ada cepat atau lambat.. contoh korang boleh bandingkan nilai RM 10 dulu ngan sekarang macam mana.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan

5. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul. emas tidak boleh dibinasakan seperti duit kertas yang boleh hancur, emas kalau serbuk pun bernilai

6.universal kat satu dunia, tapi kalau duit kertas kene convert2 then nilai pon banyak berubah

7.sukar diperolehi

Nilai wang kertas pula kekurangan die:


1.Boleh hancur, lumat dan digunting. contoh kes kala
u umah korang terbakar, ade satu juta dalam umah tuh, tapi hangus nilai memang dah takde arr.. tapi kalau emasjadi serbuk, cair pon still bernilai

2.Keistimewaan emas ialah sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. oleh itu ia tak boleh dimanipulasikan. kauntiti tak boleh tambah dengan mudah dan ini faktor emas sentiasa bernilai
berbeza dengan wang kertas, ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah, kalau cetak banyak maka nilai duit tuh jatuh serta inflasi berlaku. Fikir tak beza rm10 dahulu dan sekarang nilainya?

3.sesiapa yang menyimpan wang kertas akan didapati kekayaan mereka lambat laun akan lesap kerana wang kerta
s hanyalah sebagai tender pertukaran dan tidak bernilai apabila inflasi yang melampau kerana ia hanyalah kertas. kat zimbabwe pernah berlaku sebanyak 100 billion zimbabwe dollar hanya boleh beli 2 biji telor je

so kat sini yang aku nak ringkaskan, start saving emas lagi-lagi yang tengah muda-muda tu..hihi


dimensi emas untuk 20g dengan ketulenan 99.9% adalah seperti di bawah

First Aid..

Khamis 16 Disember 2010

Pada seawal pagi nin, Hq JKR telah mengadakan kursus first aids... ehh.. mane ade "s".. aid je iaitu kursus yang mengajar kita bagaimana untuk menghadapi atau handle keadaan dalam kecemasan seperti kecederaan atau lain-lain... dimana kursus tersebut telah dianjurkan oleh Bahagian Kualiti JKR di Dewan Tans Sri Mahfuz. Dalam kursus ni, Penceramah telah dijemput khas daripada bahagian latihan Kementeri Kesihatan Malaysia iaitu Encik Nawi. Beliau telah menerangkan serba sikit tentang bagaimana nak jadi first saver sebelum paramedik2 datang membantu. Kursus ni penting jugak la bagi mereka yang selalu terdedah ngan environment berbahaya seperti site pembinaan, kilang atau di mana-mana sahaja..

Dalam kursus tuh jugak kita dapat tau serba sikit tentang teknik yang betul macam mana nak menghadapi situasi bagi meringankan beban si mangsa ketika berlaku musibah kat diorang.
Maybe time main paintball nanti, first aid ni diperlukan sebab akan berlaku banyak kecederaan akibat peluru-peluru emosi oleh pihak lawan sebab pakai baju tebal pon ada kesan momentum beb.. Encik Nawi pon cakap lebam adalah disebabkan oleh pendarahan kat dalam badan.. memang betul la tuh.. lepas main penuh lebam..

Kursus tersebut tamat lebih awal daripada agenda tentatif yang sepatutnya yang membuatkan aku rasa warna warni kejap sebab ingat boleh balik awal.. tapi bila ramai pulak budak satu ofis dalam kursus tuh.. nampaknya terpaksa balik ofis jugak sebab majoriti balik ofis... aiseh..

Tapi yang part yang paling best sebenarnya adalah makanan disediakan oleh para peserta.. sebab hari ni poket aku memang kosong, malas nak cucuk kat mesin atm kirenye langkah kanan jugakla.. ok, sekian.. tuh je aku nak taip.. korang tengok la video kat bawah ni.. video kualiti kurang seket .. ade demo pasang arm string .. model pon kacak bergaya.. haha... jangan marah sahabatku... nanti time main paintball kalau ko cedera aku balutkan ko satu badan.. haha

First Aid from kzam84 on Vimeo.

PAIN !!!

Isnin 13 Disember 2010

Hari ni aku betul - betul rasa peha tegang urat saraf yang menyebabkan aku sangat pain nak menggerakkan kaki,

"itulah ko tanak warming up betul-betul, mata jadi rambang nampak airsoft gun nak tembak manusia".

Aku pun aku rasa kalau aku berlumba dengan siput, siput tuh memang winner la. Sakit pada bahagian kaki membuatkan aku berjalan selaju 0.1 km/j, lagi-lagi naik turun tangga kini. Ini semua disebabkan terlampau excited main paintball yang macam tak terror sangat pada Sabtu arituh sebab banyak sangat bukak langkah kuda-kuda yang macam donkey kat bunker. In the end aku berjalan seperti robot zaman 80's yang hidup segan mati tak mau.

Datang2 ofis jer, masing-masing dengan rasa Curious Benjamin Button menanyakan soklan lebam kat leher aku yang agak gebu seperti kene L*** Bite oleh Kristen Stewart ni. Biasalah, kene peluru selaju 90km/j, memanglah ada kesan tapi gaya cool mesti dipamerkan untuk mengcover ke-noob-an.

tapi apa-apa pun , bila kita nak main lagik geng? "war never end"

PAINTBALL TRAINING

Pada Sabtu 11 Disember 2010, aku ngan officemate aku pergi training paintball di Taman Melawati KL sebab kami akan menyertai pertandingan paintball. Seramai 9 orang yang join dan kire ni first traning kami yang memang noob pasal paintball ni. Kat sana boleh dikirakan perkhidmatan yang diberikan boleh tahan la.. sebab trainer bagi briefing dan sikit2 tutorial nak main paintball ni. Sebanyak 500 palet (peluru) yang kami dapat bersama vest dan mask.

Bagi kami yang first time main ni memang kucar-kacir sket untuk dapatkan cara bermain dengan betul tapi 2-3 kali try kira boleh la. Memang tengok memang macam senang tapi bila dah main baru kami tau main kejap je boleh pancit. Stamina amat diperlukan untuk permainan ini. Antara peraturan yang mesti diikuti ketika bermain, peserta tidak boleh menanggalkan mask ketika berada di padang dan airsoft gun perlu dikendalikan secara betul. Keselamatan amat penting ketika berada di kawasan permainan untuk mengelakkan kecederaan.

Ketika permainan berlangsung, seperti semua sedia maklum, siapa yang dah kena peluru tuh dikira mati. Sakit juga bila peluru tuh dah kena badan sampai boleh lebam atau luka, so bagi yang nak main tuh kene pakai baju tebal2.. dan yang penting mask kena pakai supaya tak kena mata. Tapi apa-apa pun memang enjoy main permainan ni sebab dapat jumpa ramai kenalan. Asik main game Call Of Duty je depan pc, nak gak rasa macam mana main secara realiti. Penat jugak.. kalau perang betul camne la agaknye ek??



Militan Viatkong.. hehe


Partner in Crime..hehehe



Video time training...

Ibu, Mengapa Kau Menangis?

Hang Out With My Friends

13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..


LANGKAH 2


Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..


LANGKAH 3


wa..wa..aaa


LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..


LANGKAH 5


Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..


LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..


LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..


LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…


LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..


LANGKAH 10


Hilangkan semua tekanan…


LANGKAH 11


pusingkan kepala…


LANGKAH 12


tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…


LANGKAH 13


Akhir sekali lakukan joget kucing…

————–

Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

Alam Mahsyar Itu Indahkah?

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


* 1. Pemimpin yang adil.
* 2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
* 3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
* 4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
* 5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
* 6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
* 7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.


p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal sahabat-sahabat sekalian.

Shekh Imron Hussein: Dasyhatnya Fitnah Dajal

Marilah kita hayati:


























SMALLVILLE SEASON 10 TRAILER

KAUM AAD

It seems to be qaum aad & Allah knows the best.


qoume AAD

Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered a skeletal remains of a human of phenomenal size. This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter , or in Arabic, 'Rab-Ul-Khalee'.

The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed. Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton.

wallahualam...





Amazing Trailer for DC Universe Online

Trailer bagi peminat-peminat game dari DC Comic.

CONTOH SURAT PENOLAKAN

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pihak
tuan bertarikh 31 April 2006.

2. Dengan ini saya menolak permohonan pihak tuan untuk menambah carta
organinsasi yang baru saya perolehi setelah tiga tahun. Memandangkan
keadaan semasa dan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini pihak tuan
adalah dinasihatkan supaya tidak membuat "window shopping" di akhir tahun.

3. Pihak tuan juga digalakkan "mengukur baju di badan sendiri" dan
"melihat cermin muka sendiri' akan diri tuan sebelum menilai saya. Pihak
saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah
bunyi-bunyian atau serangan terhadap "pihak ketiga" yang bukan termasuk
dalam senarai keperluan seperti yang disyaratkan pada perkahwinan pertama
pihak tuan.

4. Bagi masalah kerja lebih masa dan pantauan pihak tuan, untuk
maklumat pihak tuan saya tidak pernah menuntut elaun kerja lebih masa atau
pun bonus di akhir tetapi memandangkan komited saya terhadap organisasi
saya ingin menjadi yang terbaik dan terhebat. Oleh itu alasan pihak tuan
adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.


5. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin mengemukakan
rayuan terhadap permohonan ini pihak tuan haruslah mempertimbangkan
tindakan mahkamah dan dengan senyuman manis pihak tuan haruslah melepaskan
segalanya harta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan dari langit
sampai kebumi segala harta pihak tuan hendaklah diletakkan atas nama saya.





Sekian, terima kasih.



"BERKORBAN DEMI ALLAH BUKAN NAFSU SEMATA"


"BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA"



………T.T………..
( Isteri bin Perempuan )
Penolong Pengarah Dapur


s.k. Pak Mertuaku
Mak Mertuaku
Abang dan kakak iparku

GREEN LANTERN.. 2011

Movie terbaru daripada adaptasi komik DC COMIC/WARNER BROS yang menampilkan Ryan Reynolds sebagai Hal Jordan/Green Lantern, Blake Lively sebagai Carol Ferris, Mark Strong sebagai Sinestro dan Peter Sarsgaard sebagai Hector Hammond.




Karangan mengenai burung dan kereta...

ke hadapan adinda burung yang sedang terbang gembira di awang – awangan, apa khabar adinda burung? sihat? cukup makan?

kekanda di sini baik – baik sahaja, pagi pergi kerja, petang balik rumah, kalau kekanda lapar, kekanda makan. kalau kekanda mengantuk, kekanda tidur. kalau kekanda sakit perut nak berak, kekanda berak. kalau kekanda horny, kekanda jadi tak keruan. macam orang lain juga, menjalani kehidupan normal. di sini kekanda ingin membuat teguran membena terhadap adinda burung, kerana mungkin adinda tidak sedar, kadang – kadang perbuatan adinda burung membuat kekanda rasa marah, kadang – kadang sehingga tahap mencarut dalam bahasa tagalog. itu memang marah betul punya, “takdak kasian” kata orang.

kenapakah adinda burung gemar dan berahi benar untuk berak secara rawak? kerapkali kekanda lihat adinda dan kawan² burung adinda yang lain membuat perangai tak senonoh dan tak semenggah itu. rasa macam nak sumbat mercun dalam dubur adinda dan kawan², tahu? apakah adinda dan kawan² burung adinda tidak ada perasaan malu? sudahlah berak secara semberono, berak sambil terbang pula (just because you can, doesn’t mean you have to do it).

hish, takkanlah adinda tidak boleh berhenti di mana – mana R&R atau tandas untuk berak secara sopan? kalau tak ada duit syiling untuk bayaran masuk tandas, kekanda boleh belanja. kekanda marah bukan apa, cuma kekanda cukup kecewa apabila kekanda melihat ada “saguhati” atas kereta kanda setiap kali kekanda parking di kawasan terbuka. adakah saguhati itu dari adinda? atau dari kawan² burung adinda?

seronok ke adinda dan kawan² dapat “menembak tepat” kereta – kereta orang yang tak bersalah? best tak? best tak? kekanda tak rasa best pun. tahukah adinda burung, tahi adinda dan kawan² adinda adalah berasid. asid, tahu tak?

tahi adinda boleh merosakkan kecantikan kereta kekanda, kerana tahi adinda yang berasid itu akan mengakis cat kereta kanda jika dibiarkan lama – lama, lebih lebih lagi jika hari cuaca panas, tahi adinda “masak” dan melekat, sumpah susah betul nak cuci. nak tunggu adinda tolong cuci? huh khak ptuih, jangan haraplah. cuba kalau kekanda baling tahi kepada adinda, seronok tak rasa – rasanya? ataupun I let you have a taste of your own medicine, iaitu kekanda pula yang berak atas kepala adinda (sebab adinda tak ada kereta), agak – agak gembira tak adinda?

sudahlah dinda, menyampah pulak kekanda memikirkan masalah perangai keji adinda. kawan² adinda pun sama, berak merata! benci! buat pengetahuan adinda, kekanda kini menyimpan sumpit dalam kereta kekanda. kalau ada kawan² adinda yang mati kena tembak, haa itu kerja kekanda lah.

mungkin kalau ada jodoh, adinda akan mati disumpit oleh kekanda. waktu itu, apabila adinda merasa keperitan damak beracun menembusi dada, barulah adinda akan menyesal tak sudah kerana ingkar nasihat kekanda. mahukah adinda mati hanya disebabkan oleh secirit tahi. atau pun, mati terberak kerana disumpit. bukan kah sungguh hina dina jika adinda mati terberak? lebih hina daripada tahi itu sendiri. ya, adinda fikir – fikir, renung – renungkanlah. keji dowh mati berlumuran tahi! euwwww~!

yang benar, Kekanda...

Animation Montage

Animation montage yang aku try buat