Fire Drill, 20g Emas

Rabu 22/12/2010

Seawal pagi hari ini, di pejabat aku telah mengadakan latihan Fire Drill .. ala.. latihan yang kena kumpul ramai- ramai kat kawasan lapang tuh...,di mana latihan kecemasan untuk kebakaran diberi untuk memberi kesedaran atau well-prepare pada para staff untuk menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran.

Tepat pukul 9.30 pagi, time tuh plak perut aku meragam disebabkan makan nasi lemak yang ditapau dari rumahku syurgaku.. slalu memang nasi lemak tersebut ditapau oleh diri ini disebabkan sampai-sampai pejabat jer dah pukul 8.30 pagi, so memang tak sempat a nak gi cafe untuk breakfast sebab terlambat atau memang saja kluar lambat.

Ketika lepas baru je selesai ehem.. ehem.. loceng fire alarm kat bahagian blok F ofis aku mula bunyi mendayu-dayu seperti lagu Ramli Sarip dengan kuatnya dan panjang meminta semua staff untuk turun secara selamat dan bergaya. Nasib baik dah selesai, tenang sket nak lari-lari ke bawah.. haha.. kalau tak memang tak hirau arr loceng tuh.. tak tenang dibuatnya... kalau betul2 berlaku memang terbakar hangus. Setiap tingkat / floor mempunyai seorang pegawai tingkat dimana beliau dipertanggungjawabkan memastikan semua orang di bahagian atau unit telah ada dan berkumpul kat bawah bahagian parking untuk di panggil nama kot-kot takut ada yang tertinggal, tak sempat turun, atau dah serong ke tempat lain macam sogo, pertama kompleks atau yg lagi hebat Mid Valley.

Ketika berkumpul, Pasukan Bomba daripada Jalan Hang Tuah datang dan memberikan demo kepada orang ramai untuk mengendalikan alat fire distinguisher (betul ke ejaan tu?). Acara ini dijalankan setiap tahun sebab tahun 2009 pon latihan ni pernah dijalankan.



Ni event demo latihan tersebut pada waktu tersebut



dan ini plak iklan ketika demo tersebut.. jgn marah ye.. ngeh ngeh ngeh

Pada sebelah petang pulak, aku telah jumpa seorang member ex classmate aku ni ni link blog beliau iaitu Taufan emas sebab die skang adalah agent jual beli emas yang sah dari Publicgold Sdn. Bhd, dan disebabkan keadaan ekonomi yang agak tidak menentu, aku pun telah membooking sebanyak 20g emas yang nilai terkini lebih kurang 3k. Saving dalam bentuk emas ni dah aku teliti sejak beberapa tahun lepas lagi, dan disebabkan banyak tgk dokumentari mengenai ekonomi semasa, aku rase emas memang bagus disimpan untuk future kita. Tak mampu nak beli rumah atau tanah, kita boleh start simpan emas dulu sebab stabil dan sentiasa naik. Dah cukup nilainya boleh la kita buat duit beli rumah atau paling kurang pun buat deposit beli rumah kan?


Kat sini aku nak share sket pasal apa aku kata emas ni elok untuk kita wat saving future berbanding wang kertas. Menagapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya sebab itu aset yang nyata dan bukan hanya berdasarkan nombor2 dan agak stabil

2. Harga emas kalau kita selidik, leh selidik kat website bank negara kalau korang nak...sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. dalam masa yang pendek memang ada turun naik.. tapi jangka masa panjang korang tgk la naik banyak mana..

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. ia bergantung sama ada cepat atau lambat.. contoh korang boleh bandingkan nilai RM 10 dulu ngan sekarang macam mana.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan

5. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul. emas tidak boleh dibinasakan seperti duit kertas yang boleh hancur, emas kalau serbuk pun bernilai

6.universal kat satu dunia, tapi kalau duit kertas kene convert2 then nilai pon banyak berubah

7.sukar diperolehi

Nilai wang kertas pula kekurangan die:


1.Boleh hancur, lumat dan digunting. contoh kes kala
u umah korang terbakar, ade satu juta dalam umah tuh, tapi hangus nilai memang dah takde arr.. tapi kalau emasjadi serbuk, cair pon still bernilai

2.Keistimewaan emas ialah sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. oleh itu ia tak boleh dimanipulasikan. kauntiti tak boleh tambah dengan mudah dan ini faktor emas sentiasa bernilai
berbeza dengan wang kertas, ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah, kalau cetak banyak maka nilai duit tuh jatuh serta inflasi berlaku. Fikir tak beza rm10 dahulu dan sekarang nilainya?

3.sesiapa yang menyimpan wang kertas akan didapati kekayaan mereka lambat laun akan lesap kerana wang kerta
s hanyalah sebagai tender pertukaran dan tidak bernilai apabila inflasi yang melampau kerana ia hanyalah kertas. kat zimbabwe pernah berlaku sebanyak 100 billion zimbabwe dollar hanya boleh beli 2 biji telor je

so kat sini yang aku nak ringkaskan, start saving emas lagi-lagi yang tengah muda-muda tu..hihi


dimensi emas untuk 20g dengan ketulenan 99.9% adalah seperti di bawah