PAINTBALL TRAINING

Pada Sabtu 11 Disember 2010, aku ngan officemate aku pergi training paintball di Taman Melawati KL sebab kami akan menyertai pertandingan paintball. Seramai 9 orang yang join dan kire ni first traning kami yang memang noob pasal paintball ni. Kat sana boleh dikirakan perkhidmatan yang diberikan boleh tahan la.. sebab trainer bagi briefing dan sikit2 tutorial nak main paintball ni. Sebanyak 500 palet (peluru) yang kami dapat bersama vest dan mask.

Bagi kami yang first time main ni memang kucar-kacir sket untuk dapatkan cara bermain dengan betul tapi 2-3 kali try kira boleh la. Memang tengok memang macam senang tapi bila dah main baru kami tau main kejap je boleh pancit. Stamina amat diperlukan untuk permainan ini. Antara peraturan yang mesti diikuti ketika bermain, peserta tidak boleh menanggalkan mask ketika berada di padang dan airsoft gun perlu dikendalikan secara betul. Keselamatan amat penting ketika berada di kawasan permainan untuk mengelakkan kecederaan.

Ketika permainan berlangsung, seperti semua sedia maklum, siapa yang dah kena peluru tuh dikira mati. Sakit juga bila peluru tuh dah kena badan sampai boleh lebam atau luka, so bagi yang nak main tuh kene pakai baju tebal2.. dan yang penting mask kena pakai supaya tak kena mata. Tapi apa-apa pun memang enjoy main permainan ni sebab dapat jumpa ramai kenalan. Asik main game Call Of Duty je depan pc, nak gak rasa macam mana main secara realiti. Penat jugak.. kalau perang betul camne la agaknye ek??



Militan Viatkong.. hehe


Partner in Crime..hehehe



Video time training...

6 comments:

Wirda Azurainie said...

yezaaaa!
sakit kannnn kalau kena peluru tue.
heee, actually tak penah main. nengok kawan main je, tp tengok kelebaman yang tersangat amat dasat. tue yg kata sakit. kawan wirda kena kat peha. perghhhh. nikmatkan? hikhik.

ohhh, suka main game. :)

KH4iZ4M said...

Memang sakit kene peluru die.. kene bertubi-tubi lak.. ade yang kene kat leher.. takleh nak cover..main game? suke gak main game.. kalau takde mende nak wat.. main game je kejenye..hihi ;)

amad_walrus said...

jangan lupa taruk barrel socks!

KH4iZ4M said...

woaahhhh? ko pun ade blog gak amad? hahaha...

amad_walrus said...

hoih sapa amad?hehe

KH4iZ4M said...

terrorist.. haha