black out

MALAM YANG MENDUGA KESABARAN

malam tadi mmg menduga semua penduduk area area parit raja.. malam dimana kesabaran diuji lebih lebih lagi pada bulan puasa ini... malam di mana BLACKOUT telah melanda dikala para pelajar seperti aku yg semakin taksub membuat latihan tubi untuk calculation math yang sememangnya memeningkan... tiba tiba PUPP!!! semua tenaga yang berada di sekitar aku lenyap... arghh... dah la aku banyak tak cover topik lagik...hal hal gentng serta critical mikel macam ni karen boleh takde pulak... kesengalan semakin dirasai... bertambah pening... ditambah dengan batuk batuk yang tidak sembuh sembuh dikala sepi... adeih... namun begitu ketabahan perlu diteruskan untuk mengulangkaji pelajaran demi masa depan dan ini lah hasilnya....



ditemani lilin yang sayu...buat sampai mate aku bengkak-bengkak

hari yg sibuk

TEST YANG MEMENINGKAN




skarang nie dah masuk minggu2 kritikal dah... hari2 dimana menguji minda dan daya ketahanan. Minggu dimana malam dirasakan semakin pendek dan tidur semakin tak nyenyak.. hehehe... skang adalah minggu test test untuk membuktikan bahawa sepanjang pembelajaran anda untuk satu sem bukannya berpoya poya atau berhoney moon... hehehehe.... minggu dimana untuk kapel-kapel kat institusi pengajian tinggi kerap bertempek lebih panjang di perpustakaan ...bagi yg solo tuh... tempek kat bilik jer.. huhhuhu!!!~

test load

HARI HARI TEST LOAD BRIDGE

inilah waktu waktu nak test load bridge yang telah disiapkan.... dalam pic nih aku takde...aku yg amik gambar...huhhuhu... mase nih kat dalam makmal struktur.. terdapat berbagai bagai bentuk dan jenis bridge yang telah dibuat... ada yang mampu menampung sampai lebih 5 kg dan ade gak yang belom test load... dah pecah...hehehehe!!~~




jambatan

BALSA STOCK BRIDGE







projek terbaru kumpulan untuk subjek analisis struktur ...merupakan sebahagian 5% daripada markah dan wajib... sebuah jambatan yang diperbuat daripada kayu balsa stock yang mempunyai keluasan 5mm x 5 mm.. dipotong mengikut ukuran tertentu iaitu satu anggota tidak melebihi 150mm dan berat jambatan yang telah dihadkan adalah 200g. Ianya akan diuji ketahanannya dengan beban sebanyak 5 kg atau lebih.. merupakan hasil titik peluh lima sekawan bersengkang mata malam tak tidur... alasan... projek dibuat last last minit...!!!huhu...

superman

SUPERMAN RETURNS






MORE DRAMATIC, MORE TO MAN OF HEART THAN MAN OF STEEL... LOVE FINAL SCENE WHEN SUPES WITH HIS SON JASON AND DRAMATIC SCENE ON THE KRIPTONION ISLAND WHEN HE LOOSING HIS POWERS.... AWESOME!!~ UP UP AND THE WAYYY!!~~~

spiderman 3

SPIDERMAN 3 TRAILER...

,

tazkirah

MALAM PERTAMA

Assalamualaikum

Di antara kata-kata Rasulullah pada setiap kali baginda berkhutbah " Aku tinggalkan tempat tidurku pada suatu hari. Lalu keheningan kubur menghampiriku pada malam pertama. Demi Allah, apakah yang berlaku ?".

Membayangkan malam pertama di dalam kubur, para ulamak akan menangis dan orang-orang bijak akan mengeluh. apa tidaknya kita sedang berada di dua persimpangan dan di dua dunia yang amat berbeza. hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap gulita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan berbantalkan tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Oleh itu beramallah dan ingatlah kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR.

NEO VS ROBOCOP

bilakah




SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAMdol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"

huhuhu1

POSTING AKU YANG APE APE AJE...

bende ni aku dapat info tentang minyak memandangkan harga minyak dah semakin naik nie... leh elakkan la kalau nak save budget

Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line

(in black). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a

mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve

is opened (at the top of the station) to allow excess petrol to flow back into

the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning

you are donating the petrol back to SHELL/ PETRONAS/ CALTEX..........






ni plak peribahasa baru ...motif nak menyindir

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina
Maknanya : Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak diahinggap.
Maknanya : Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa :Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi
Mat Salleh plak...be proud of what you are.


Peribahasa : Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya : Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa : Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya : Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya : Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah
ke....kat tengah ke...tengah baring ke.


Peribahasa : Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya : Nasib malang yg tak agak-agak.


Peribahasa : Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya : anda adalah seorang jongang

RIVIEW CERITA

ni aku dapat kat email... saje je nak pas- pas mender nih... hehehhee

--Bapa--
Man: Bapa aku hebat. Dia polis.
Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
--B.I--
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

--Sudu--
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

--Tiru--
Cikgu:Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa:Apa bukti awak?
Cikgu:Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah
bergaduh besar dengan maid indonesianya...maka si suami dengan hati yg
suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka
bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..
"Apa hal ni Yang....
kenapa bising2 ni".....jawap si isteri dgn nada marah..."ni hah!!!!! seluar
dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam
Gucci i yg mahal yg i beli kat ********* Beijing tuhh!!! "
Disambut pulak oleh si suami ...." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi..."
Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau.... 10 helai !!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)" Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi...dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya...."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ?
Ingat....kamu mesti bercakap benar!!!" Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah...."tapi...tapi...tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! " si suami pula..." bluppppp.."


dan ini email pasal nak melawan hantu..hehehehehe

Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang
baru masak ni memang mudah cari
kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali
pengikat di atas kepalanya
dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia
akan berasa malu rana dia tidak pakai apa
apa pun, selain kain kapan pembungkusnya
tu.


Hantu Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi
beranikan diri anda tenung balik muka dia
sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat
dia,pasti
dia tersipu-sipu
malu.

Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak
dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.
Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat
dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar
jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang
saja, sambutlah hari
raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak
main meriam buluh, suruh
kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak
kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti
lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia, kita hendaklah
meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada
disitu.
Hantu Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka
saja,dan paling mudah untuk
menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan
telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Hantu Toyol Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi
duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat
duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik
bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana
nak tukar duit satu sen
banyak2 tu


Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-
hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja ngan
kelas
jer, lepaih tu
nengok artikel bebukan...macam sekarang nih..sah-
sah tengah ponteng nie..macamana
nak jawab..korang sendiri gak jadik
hantu..jadi bawak-bawaklah buat
kerja ... ..


LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA
DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA
HANTU!!!!!!!!"

detik detik bermula nya cuti

TATAU NAK MELALUT APER...

hari ni takde aktiviti sgt aku buat just melepak kat umah dan berehat serehat rehat nyer sambil sambil surf donlod crite-crite omputih yang telah diuploadkan oleh pengguna internet seluruh pelusuk dunia.. inilah yg dikatakan dunia tanpa sempadan semua dihujung jari..... setelah puas aku godek godek bitcomet aku untuk melepasi tahap security "TM" akhirnya aku berjaya kerana TM telah meng upgredkan sekeruti pihak beliau dan bagi aku yg dah lame tak online terkial kial nak mengoperasikan atau bahasa saintifik menggodam serta menggoda sistem pihak beliau yang tersangat ketat....huhhhu (TM adalah sebuah organisasi sosial yg menjalankan operasi sedut menyedut..hahahha..sape yg paham tuh ok la.. saper yg tak paham tuh abaikan jer).. hari nih juga aku dikabar beritakan oleh sahabatku nashrex bahawa beliau telah menjinak jinakkan perutnye yg boroi ke gym... aku tertanye tanye adakah dan apakah misi beliau akan terlaksana dengan jayanya... tunggu lepas aku balik batu pahat untuk menyaksikan keputusan nya... hari nih gak aku teruja dengan trailer terbaru superman return dan menyebabkan aku tak sabar nak tunggu tayangan di pawagam yang berhampiran dengan jiran aku.. ok la tuh je aku nak melalut untuk hari nih...

p/s nash ko angkat besi tuh baik baik... biar perut ko ke dalam jangan terlebih kedepan dah la.... hhahahaha... gurau jer

baru lepas final

BEBAS UNTUK 2 BULAN....


akhirnya lepas gak final test untuk sem pertama aku... akhirnya cuti panjang aku kembali, dah lame aku tak mengupdate blog ni sejak februari ari tuh.. ahaks...lame gak tuh.. ape nak buat dah bz... pastuh lak kat sane takde connection kat hostel... aku pun tatau nak tulis ape dah nie.. dah lame tak menaip... aku just nak ucap trima kaseh sape sape yang wish aku mase besday ari tuh.. ade gak yg ingat kat aku... ade gak yg wish pakai sms tapi aku tak ingat name sebab name dalam hp aku tak kuar... walau ape pun thanks... arghhh.. aku dah nampak katil dah... dah nak bomm!!..tido...ahakss...

kembali

CUTI CUTI CUTI...


akhirnya aku bercuti.. walaupun bercuti tetapi terdapat pelbagai tugasan yang patut aku siapkan dalam mase seminggu nie... argh... dengan exam lagi yg bakal menjelma... inikah suasana student life yang aku impikan selama ini.. adakah ini realiti..?? arghhh tidak...!!~ walaupun macam tuh ade gak mende mende yang dapat membahagiakan aku walaupun sejak due menjak ni... iaitu.. aku dapat membeli sebuah pc baru menggantikan pc semput aku yang lame dan sebuah kereta... yahooo...!!~

first sem ni aku belajar subjek yang penah aku amik mase dip dulu so takde la tension sgt cume mende mende yang luper tuh aku kene cover balik... agaknye kalau dulu aku pilih sains kimia mampus aku kene belajar mender baru.. ahaks.. pecah pale... dan aku juga dapat kawan kawan yg baru.. kire bertambah la kenalan aku... ahaks.. namun begitu.....

kehidupan ku tidak lari dari seperti dahulu iaitu...

makan.. tido... makan..tido.. makan...tido.. study.. tuh pun braper minit jer..ahaks!!~

superman

SUPERMAN RETURN 2006






vote

VOTE FOR ME!!!~~


kat sini aku ade buat poll utk vote mane satu yang patut aku pilih... vote la... jgn tak vote...





mane yang korang vote??

sila vote sama ada uitm (sains kimia) atau kuittho (civil eng)




uitm (sains kimia)
KUiTTHO (kejuruteraan awam)





buat

BERIKUT ADALAH PERKARA PERKARA YANG PERLU DI BUAT DALAM MASA TERDEKAT INI...

-bukak akaun bank islam then bayar bil pengajian
-buat x ray
-buat pemeriksaan doktor untuk memastikan aku sihat
-fotostat salinan salinan sijil
-sah kan salinan sijil sijil yg aku dah fotostat
-beli tie pasal ade hari korporat amende tah..
-buat revision sket
-tgh pk nak beli pc baru pasal kakak aku tak kasi bawak pc die
-tido puas puas
-lepak puas puas

dan kesimpulan yang dapat aku buat di sini ialah kesemuanya memerlukan duit atau pitih bak kate org kelate... cume due dari bawah tuh jer tak memerlukan duit... mane patut aku lakukan dulu..? tido ngan lepak kan...hahhahaah

kecuakan

KECUAKKAN BAKAL MENIMPA DIRIKU

entah apa pasal 2 3 menjak nie aku rase cuak lak.. semua ni gare gare kos baru aku nie.. dah lame sebenarnyer aku tinggalkan subjek nie.. dah tak amik port pon... tup tup dapat la plak kos nie.. timbul la sket rase cuak pasal byk rumus2 yang basic pun aku dah luper.. dan kini aku terpakse amik buku spm dulu2 tuh nak cover balik... so takde la shock jiwa raga aku nanti biler masuk... tapi bile jer pegang buku tuh... alamak aih.. byk nyer kene ingat... tuh baru spm yang dah lame aku tak sentuh.. blom lagi mender2 yang ngarut nanti timbul buatkan aku tergaru garu kepale aku.... adeih.. dari situ la timbulnye perasaan cuak!!~ dah la hostel tak disediakan plak tuh... nak uruskan itu ini ... takleh ker datang bawak diri jer.? leceh tol nak uruskan semua tuh.. pinjaman pun nak kene renew balik... adeih.. masalah tol... aku kene relax relaxkan diri aku nyambil nyambil cover balik semua haram jadah kaedah2 persamaan yang aku belajar dulu... waaaaa... rase nak hempok jer ..!!~~ bujet bujet tak dapat bawak jer aku tukar kos asal aku.. tak pon kos seni tari dan persembahan.. hahahaahahaha.... adeih... ape plan aku skang nie... asal gelabah semacam jer nie...

kalau lecturer aku tanye soalan itu ini pasal kimia nie nanti ...kalau tak dapat jawab, jawapan kamekaze yang akan aku berikan ialah....

NAK BUAT CAMNER ENCIK.. DAH KUASA TUHAN!!~~

p/s dalam ayat aku kat atas tadi dah byk kali aku mengeluh adeih

bia betik

BIA BETIK PUNYE HAL...


aku memanjatkan syukur pada ilahi Allah S.W.T kerana berpeluang mlanjutkan pelajaran aku dan akan aku cube bersungguh sungguh utk mencapai kejayaan.

KEJURUTERAAN AWAM BERTUKAR KEPADA BIDANG KIMIA............. BIA BETIK..???????

autosurf

AUTOSURF... SURF SAMBIL DAPAT DUIT POKET..? BIA BETIK??







hari nie aku terdetik sket nak berconteng arang kat blog aku nie.. hehe.. dan ari nie aku nak cerita pasal autosurf.. iaitu surf sambil2 dapat komisyen sket. mesti ramai masih tertanye-tanye apakah itu autosurf..? dengan surf jer boleh dapat duit ker..? dan aku tanye gak member2 aku pasal auto surf nie.. dan reply aku dapat boleh caye ker nie...takut menipu jer? huhuhu.. ari nie aku cerita ape yg aku tau tenteng autosurf nie..

autosurf nie ialah salah satu kaedah advertising yang digunakan oleh pihak pihak syarikat menggunakan internet sebagai medium pengiklanan mereka. dengan autosurf juga selain kita dapat advertise atau iklankan produk atau website yang kita buat ia turut memberikan pulangan komisyen mengikut peratus(%) yang ditawarkan oleh syarikat website tersebut dari surf-surf yang kita buat secara automatik.. automatik ini bermaksud ianya surf sendiri jer... tak perlu nak klik-klik atau nak tulis tulis address sendiri.. semua browser yang buat sendiri.. nak tinggalkan pc mase die surf pun boleh... ini adalah kaedah terbaru advertising yang digunakan pada zaman globalisasi utk terus maju ke hadapan.. sedangkan space nak buat iklan kat surat khabar atau paper pun dah makan ratus-ratus atau ribun-ribun ... space bukan besar mane pun... cenonit jer macam semut api pun dah ratus ratus.. huhuhu.. tuh citer pasal iklan kat paper.. tapi nie iklan kat website... ini bukan satu jualan langsung ke ape ke, mlm ker..piramid mender ntah ape ker, skim cepat kaye ker... tapi bidang pengiklanan. advertising. dan sesuai utk org yang kerja ngadap gune internet tetiap hari kalau tak gune selalu pun ok gak. gunekan benefit sebagai internet utk cari income. same arr gak cam google adsense iaitu advertising tapi berbeza kaedah. sesuai utk sesaper yg nak try timba pengalaman urusan jual beli pun boleh.

macam mane dapat duit.? ok.. die dikira mengikut berapa kredit pages yang kita surf atau limit yang diberi terhadap website tersebut. jika kalau kite surf otomatik samapi lengkap limit tersebut maka kita akan diberi komsiyen (dalam bentuk duit mengikut % yang diberikan oleh syarikat website pengiklan tersebut) serta kredit
(kredit diberi supaya kita boleh guna jumlah kredit untuk iklankan pulak website kita die syarikat pengiklan tersebut ) kedua-dua kredit dan komisyen akan diberi selepas abis surf utk satu hari.

prosedur macam mane plak..? ok.. bagi yang masih baru atau ingin menceburkan diri dalam mender nie.. mender nie tak susah mane pun.. asalkan ade internet ok lah.. korang kenelah register akaun bank internet korang... register adalah free dan bertindak sebagai bank internet utk mengumpul gaji korang.. same la macam maybank, bcb dan lain lain cume ianya kat internet jer.. namun gaji korang akan dibayar dalam bentuk nilai USD dan bukan RM...

standard skarang aku tgk
1 usd = RM 4

bayangkanlah korang dapat $100 = RM 400.. berganda tak..? huhuhu

tapi dalam bank internet tuh bukannye die kasi dalam betul-betul duit, tapi nilainya sahaja.. tak paham??

oklah macam... katekanlah korang dah kumpul2 sebanyak $100 dalam bank tuh.. korang nak dapat duit betul cam mane..?

korang kene la deal dengan org yg nak beli jumlah nilai dalam akaun bank internet tuh... katekan lah nama bank tuh e-gold...

korang ade $100usd dalam e gold.. then korang nak duit real... korang kenelah deal atau berurusan ngan org nak beli duit dalam akaun e-gold. jika pembeli nak beli die akan bank-in kan amaun duit betul contoh RM400 dalam bank penjual atau korang nyer bank seperti maybank,bcb atau lain-lain kepada korang.. selalunye kalau nak mudah pakai Maybank2u atau bank2 yang ade online nie.. then korang atau penjual transfer plak nilai USD yang ade dalam akaun bank internet seperti E-gold kepada E-gold pembeli seperti contoh diatas die bayar RM400 korang lak transfer akaun Egold bernilai $100.. sebab 1 usd = RM4... kire exchange sesame sendiri...

ade ker org nak beli...? sekarang mender mender cam nie la org buat duit macam pisang panas... sebab die pakai care macam nie pasal yang aku tau byk sgt prosedur kalau terus masuk bank nanti kene tax macam2 so nilai tuh kene la potong2 sampai la ceconit jer nilai dalam akaun bank kite... kalau nak jumpe atau deal ngan org urusan jual beli korang leh la gi forum nie...
www.nogold.com tapi dingatkan buat permulaan buat urusan jual beli ngan org yg join dan yang kite kenal jer.. utk mendapatkan kepuasan yang lancar.

korang leh daftar dengan klik kat sini





okieh... itu baru part pasal akaun bank internet dan care nak register akaun bank internet free .. kita cerita pasal website website yang menawarkan perkhidmatan autosurf nie atau syarikat pengiklan website nie...


terdapat byk website yang menawarkan perkhidmatan nie.. so kite keje je la ngan diorang nie... antara perkara penting yang perlu tau satu satu perkhidmatan nie



-modal mula
kekadang ade website tuh kasi modal free permulaan dan ada yang tak.. bagi yang tak selalunye nilai komisyen yang tinggi dan cepat.

-(%)peratus komisyen bagi satu hari surf
selalunye peratus yang tinggi menawarkan komsiyen harian yang byk sket

-harga pakej 1 unit
dah dapat modal tuh nanti die ade xpired date atau tempoh hari tamat utk surf.. so.. kalau korang nak tambah komisyen tuh korang kenelah upgred sebelum expired supaya korang leh dapat pertambahan komisyen dan juga renew tempoh tamat.. same la macam top up hanset.. ade gak expired date... cume ini menggandakan nilai wang yang hanset tuh utk bercakap. pembelian upgred boleh gune akaun e-gold korang atau paypal ker atau mana mana bank internet. kire bukan pakai duit betul.. pakai e-gold gak.. kalau dalam akaun e-gold takde duit.. beli la kat sesaper yg ade e-gold tuh.. supaya leh upgred mengikut harga dan nilai yg ditetapkan.

-jumlah site yang disurf satu hari
tgk la brape jumlah kredit website yg kite dapat utk satu putaran lengkap utk kite surf supaya dapat kredit dan juga komisyen.


macam mane prosedur.. ok camnie.. aku kasi 2 contoh.. satu die kasi free modal.. kire duit free utk permulaan dan satu lagi die tak kasi duit free.. tapi di ingat kalau untuk register semua free jer yang penah aku tgk.

duit website yang kasi free duit.. klik kat banner bawah nie..







ok dalam website nie seperti yang kite tahu die kasi:
-modal free $4 utk permulaan kita surf
-4% komisyen
-harga 1 pakej upgred $4
-limit yang boleh dibayar ke ekaun e-gold korang kire kene cecah $4 baru leh payout masuk e-gold
-expired tempoh 40hari bagi satu satu upgred tuh...
-jumlah kredit korang surf kalau kredit byk lame la korang surf tapi kredit tuh nanti leh buat korang advertise iklan website korang atau sewakan kat sesaper yg nak advertise website diorang kat korang.

pengiraan
utk permulaan die kasi modal free $4
$4 x 4% = $0.16 (komisyen korang dalam satu hari)
0.16 x 40(tempoh masa tamat satu pakej )= $6.4
$6.4 kire pendapatan korang dah melepasi modal..

kalau dah nak dekat expired lak korang upgred 1 pakej tapi jangan sampai expired lak korang baru nak upgred
$4 (modal memula free tuh) + $4 (korang upgred 1 pakej) = $8
then same gak kiraan die

$8 x 4% =$0.32 satu hari komisyen korang surf)
$0.32 x 40 (masa tempoh expired) = $12.8

kan bertambah tuh... so on and so on sampai la korang puas.. setiap akhir bulan jumlah yang korang dapat tuh akan ditransfer ke akaun e-gold dan korang boleh rolling guna duit tuh.. so cycle balik..keep on rolling..

ni plak aku kasi contoh website yang tak kasi free modal tapi utnung berganda dan
cepat.. klik kat banner bawah nie utk register free








website nie kasi
-12%
-tempoh expired cume 12 hari
-upgred 1 unit harga $6 tapi lepas tuh korang leh payout tak kisah berape amount pun yang korang ade walaupun ade 0.30$

pengiraan

korang kene dulukan modal $6 pakai e-gold atau lain lain bank internet

$6 (modal kite) x 12% = $0.72 ( komisyen satu hari kite surf)
$0.72 x 12 (tempoh mase kite expired) = $8.64
lagikk banyak dari tadi kan..? huhuuhu tuh yang aku kate % yang tinggi lagi byk komisyen. so dah expired jer korang leh dapat payout tak macam tadi yang modal free die kene tunggu cecah $4 baru leh payout ke akaun e-gold.

kalau korang upgred, korang upgred dekat dekat nak expired sebab nanti payout kat e-gold mungkin ambil mase sikit.. so korang nak rolling balik duit dalam e-gold takde masalah dan lancar.

1 pakej upgred = 6$

$6 (modal kite dahulukan tadi ) + $6 upgred kite tadi =$12

$12 x 12% = $1.44 (komisyen kite bertambah kan utk satu hari)
$1.44 x 12 = $12.28

huhuhu lepas tuh keep on rolling jer dan cylce duit dalam e-gold tuh.. mudah jer..
yang nih pantas sket dan stabil serta reliable..

nak ingatkan kat korang bahawa surf satu hari bukan lame pun cume beberape minit then secara automatik... korang nak tgk movie sambil surf pun boleh gak..

itu jer yang aku tau pasal autosurf nih... boleh buat secara sambil sambilan... bagi yang slalu ngadap pc tuh hari hari try la... huhuuhu aku suke yg cara tak free tuh .. ala modal ape sangat... dari beli top up baik buat modal.. pastuh bukan berkurang tapi berganda..dan nak kasi tau gak.. egold nih boleh jugak direct digunakan top up maxis, celcom ngan lain lain just transfer akaun e-gold kat penjual topup.. nak top up gune e-gold gi forum nie... www.nogold.com ... wide world e-gold nie... hehehehe try bebeh ...!~