STATUS STUDENT DALAM KRITIKAL DAN HANTU

semalam aku menerima panggilan daripada salah seorang Human Resource Management dari syarikat yang aku pohon untuk LI

telepon 110i aku berbunyi "truttt.. trutt.."

aku:"ello..assalamualaikom."

HRM:"boleh saya bercakap ngan Encik Mohd Khaizam?"

aku:"ye sedang bercakap"

HRM:"saya ingin menyatakan bahawa kami telah menerima resume encik yang ingin membuat latihan industri di syarikat kami.

aku:"OH ye ker.."

HRM:"adakah encik bersetuju dengan tawaran kami?"

time nie aku terpikir dua kali sejenak dengan tawaran ini... adakah patut aku terima atau tidak dan selanjutnya aku buat keputusan terdesak...

aku:"ya..saya terima"

HRM:"kalau macam tuh saya akan hantar surat offer letter kepada fakulti tuan, terima kasih"

dan selepas tuh aku pun terpikir ..syarikat ape yang offer aku nie..?

aku:"ehh cik..cik..kejap...syarikat ni nama ape cik?"

HRM:" PROTASCO BERHAD"

aku:"POO... ape cik..?" dalam hati aku berkata-kata... jual potato.. kat TESCO?

HRM itu bercakap lagie :"PROTASCO BHD"

aku:"owhh" ...silap aku dengar

dalam pikiran aku... syarikat ni aku main bubuh jer.. mati aku kalau syarikat direct selling... kene jual POTATO CHIP aku kang...

aku pun letak.. dan terpikir aku skali lagie.. alamak... elaun brape aku dapat nie..? nyesal tak tanye...

aku surf2 kat internet... mak aik.. banyak lak anak syarikat die... rupa rupanya ia adalah syarikat HCM iaitu merupakan syarikat pembinaan jalan raya yang terkenal...

dan satu lagi kepentingan... ianya terletak di Kampung Pandan... dekat ngan umah aku.. senang sket..hehehehe... yang call aku pun suara macam ayu jer...kekeke



macam tangan aku tak..hehehee


hehehe.. dan satu lagi berita yang aku dapat tahu..

pagi tadi ade member aku sorang nie.. die tak dapat nak pegi kelas pagi tadi...
bile kawan aku kate kenapa..? kawan aku cakap yang die jumpe HANTU...

ya..HANTU...

tapi aku pelik.. hantu ape yang die jumpe...? walhal aku yang paling lambat tido.. ish ish ish.. hantu tuh minat nak berkenalan kot ngan member aku tuh...huhuhu... lagi pelik.. slalu org jumpe hantu nie die demam-demam... die ni plak lepas bangun sihat jer... alasan tak nak gi kelas kot... wallah ualam... hehehehe...



hanya gambar hiasan

TAROT YANG MENGARUT

aku main tarot pastuh kuar mender nie:

Photobucket


hahahaha....

dan ini reaksi nashrex...

nashrex: btul ke dia jawab cam pramlee tu
nashrex: ke ko edit
khaizam zainudin: betul laa..
nashrex: dia bace pikiran ko tu aku rasa
nashrex: mana dia kenal aku
nashrex: haha
khaizam zainudin: die kenal ko laaa
khaizam zainudin: die kate die ade sentiasa kat blakang ko
nashrex:
nashrex: haha
nashrex: cun laa tu
nashrex: protect aku
khaizam zainudin: protect ape nyer
khaizam zainudin: die nak sedut lemak ko sampai kering
nashrex: brape lama ko tekel dia
khaizam zainudin: lame jugak
khaizam zainudin: 1 setengah
khaizam zainudin: jam
khaizam zainudin: sampai sakit tgn
nashrex: huhu
nashrex: dia dah suka ko tu
nashrex: bagus2..
khaizam zainudin: agaknye kot
nashrex: biasa kawan2 aku yg dia layan ni
nashrex: org yg jenis sesat2..
nashrex: hahahaha
khaizam zainudin: mende ni tak sesat la
khaizam zainudin: nampak jer macam sesat
nashrex: cewahh
nashrex: mentang2 dia da ske ko
nashrex: hahahaha

p/s: hehehehe.... nash, peter ni kenal ko lar...

dan selepas aku balik dari summit.. aku ternampak dlm ym aku nampak status nashrex...
alahai.... siannyer.





ape yang aku nak cakap sebenarnyer.. nashrex telah ditipu bulat2 oleh website nie.... hahahaha... kat sini aku bongkar apa yang misteri...

time tulis petition tuh... awal2 ayat hendaklah dimulakan dengan tanda noktah (.) then tulis jawapan yang dikehendaki.. dah abis ayat jawapan sertakan dengan (.....) sampai petition itu menjadi lengkap. Jangan biarkan kawan2 anda melihat apa yang anda tuliskan sebab apa yang dia tulis tidak sama yang tertera pada skrin...

time tulis question tulis soalan berdasarkan jawapan tadi..then submit

nota: jangan kerap sangat bagi jawapan yang betul .. selang selikan dengan "peter refuse" untuk meyakinkan kawan2 anda.. try arr... takde pakai jin2 dan roh2..mampus makhluk peter ni nak layan customer berjuta-juta kat dunia nie...hehehe

try la kat website nie http://www.peteranswers.com

TERPONTENG KELAS DAN SECRET RECIPE

hari ni aku terponteng kelas 2P. bangun lambat..akibat dari tido lambat, nasib baik kelas financial dimansuhkan.. tapi itu tidak melepaskan aku dari kelam kabut mengopy jawapan test untuk assigment financial. Si nurul dah mcall aku 8 kali sambil mengetuk2 pintu sliding door..satu taman dengar beliau meneriak namaku.... hahaha...

lepas antar assingment terus bergegas pegi MPBP jumpe org atasan nak ambil bahan untuk projek baikpulih struktur.. tapi bahan yang diperolehi sangat la sedikit...

lepas tuh pegi pasar malam berhampiran summit.... beli makanan kejap then makan secret resipi kek moist choc.. sedap gak rasenye... balik rumah.. kacau budak2 bangunan yang ade test malam nie.. RASEKAN (terutama Helmi)...asik rilex jer... wahahhaha



ni plak gambar time main futsal...

KASUT DAN SEGAMAT



Hari nih kelas aku start pukul 8 pagi. Sejak dari semalam aku tak dapat nak melelapkan mata dan aku mula tido start dari pukul 4... Jam loceng berbunyi budak kecik sedang gelak2 dari HP 110i aku bergegar mengejutkan aku dari tidor.. diiringini satu bunyi seperti botol-botol plastik mineral yang dipijak2 menganggu ketiduran aku. jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Rupa2 nya bunyi2 botol tadi adalah dari salah seorang member aku Wazir daripada major Alam sekitar dimana menjalani program recycle bahan2 terbuang. Pagi-pagi dah recycle..hahaha...



hanya ada satu kelas sahaja untuk hari ini.. itupun dalam kelas aku dah tersengguk sengguk ngantuk.. almaklum la tido tak cukup.. asik tgk jam kat tanganbile nak abis.. tapi yang pelik nyer bile dah abis kelas aku makin menjadi segar bugar... isk isk isk

tepat pukul 5.30, aku, mail aka (tokei lembu), wazir bersiap-siap pergi ke Parit Raja menaiki iswara itam plat MBK kepunyaan seorang tokei lembu yang agak terkenal di Melaka. kami bertiga berhenti sebentar di kedai Yang Yang iaitu sebuah kedai sukan yang terdapat di parit raja. wazir ngan aku dah plan nak beli kasut sukan dan akhirnya 2 pasang kasut jenis Adidas telah diragut oleh aku dan wazir.. paten pon lebih kurang.. hahahaha... tp mmg dah lama niat aku nak beli kasut.. dah berapa raya dah aku takde kasut. asik pinjam kasut orang jer nak bersukan.. mana nak letak muka nie..hehehe





malam plak aku di ajak oleh wazir bdak umah aku pergi ke segamat untuk menukar monitor beliau yang telah rosak. sejak aku duduk umah sewa nie dah 4 monitor dah mengalami nasib yang serupa.. gambar monitor jadi kecik... mesti senapang elektron dalam monitor ni dah tak leh pakai ni. Aku pun bertolak dari pukul 8 lebih. dalam perjalanan plak seorang member aku Mahathir mesej, malam nih cari org main futsal kul 12, adeih.. kene balik cepat2 nampaknye nie.. apabila selesai jer tukar monitor di rumah Wazir dan bergerak pulang dari Segamat dengan memecut selaju 120km/j msg seterusnya pun berbunyi "TAK JADI MAIN, TAK CUKUP ORANG". kami pun berasa hampa kerana time tuh dah sampai air hitam dah. dalam hati kami berdua berkata dengan kecewa tak dapat nak test kasut yang baru di beli petang tadi...wahaha!!~

dan pada pukul 1.53 pagi aku terima msg dari ym aku yang berbunyi:

nashrex: zam..
nashrex: prison break da kua lom
khaizam zainudin: pe
khaizam zainudin: tgh donload
nashrex: cun giler laaa ko
nashrex: esok aku bawak gula2 haks sebijik..
nashrex: sbgai hadiah..hahahaha

p/s: aku nak kelisa ko leh..?

COMING BACK AGAIN

dah lama aku tak tulis kat dalam blog nie... oleh kerana aku kini mempunyai network .. akan ku rajinkan tangan2 ku ini untuk menulis...^_^



aku baru sahaja menyelesaikan 4 ujian skali gus dalam beberapa hari ini.. otak menjadi semakin letih ibarat kereta yang diisi petrol yang ada plumbum..dan clock yang diset pada otak aku kini dah berubah.. dan kini aku menjadi seperti kelawar yang mencari makanan di keheningan malam.. dan memandangkan sem ini merupakan sem terakhir aku kat uthm.. jadi.. tak kisah la kot. (walhal aku macam ni sejak diploma lagi rasenye kat uthm nie)..hehehe^_^ namun apa yang lebih membimbangkan aku... psm aku masih membuatkan jantung aku berjalan dengan lebih deras.. sampaikan mimpiku adalah berkaitan psm.. ohh psm... !!~





kat sini aku ade nak share sesuatu yang boleh dikatakan lawak gak ar... kalau korang nak tau.. try arr tgk... hehehehe...