Inspection yang dikenselkan

Hari ni aku bangun lebih awal daripada hari-hari yang lain. Sebab aku telah membuat temujanji ngan pihak Indah Water Konsortium atau nama pendeknya IWK untuk buat inspection.. berkali-kali alarm di hanset aku berbunyi.. berat juga mate aku rasakan untuk dibuka kerana aku ni kadang2 bukan morning person tapi mengenangkan bahawa ade tugas yang perlu ditugaskan.. aku tabahkan hati juga bangun.. lepas dah siap-siap dah hensem2 dah sikat2... hanset aku berbunyi beep beep, aku buka msg tersebut.. skali inspection dikanselkan .. aih.. dah siap-siap kene kansel la plak.. nampaknye kene buat hari lain la plak ni nanti...

Dan pada waktu yang lain pula di hari yang sama.. macam biase aku membuat tugas-tugas di opis.. membuat calculation untuk water reticulation untuk permohohan pihak Syabas.. macam-macam spesifikasi yang perlu dipatuhi ketika merekabentuk jajaran paip ke setiap unit rumah untuk sesuatu tapak projek... dan setibanya waktu pulang tiba.. kepeningan aku dihentikan sementara untuk menghirup udara segar ketika pulang... hehehe... dan bermula la cuti hujung mingguku yang entah seronok ke entah idak..



Masa pulang pulak aku mendapai langit tidak begitu cerah dan di tambah dengan jerebu yang melanda bandaraya kuala lumpur dan petaling jaya.. sejurus di pertengahan jalan hujan mula merintik-rintik yang sememangnya menyukarkan lagi perjalanan untuk pulang... setelah melihat buletin utama kat tv tige.. kawasan kl menghadapi jerebu yang agak teruk di atas faktor topografinya yang berada di lembah kot katenye si pengarah alam sekitar.. akhir kata... Jagalah Alam Sekitar

1 comments:

Ms AiReEn MoHd said...

update la woi