MAJLIS KAHWIN

Tarikh pada 13 jun 2009 adalah tarikh yang sangat istimewa bagi member aku sorang nie... beliau telah selamat kahwin dengan pasangannya di Kuala Selangor. Seawal pagi lagi aku dibangunkan (note: dibangunkan yer..) oleh member aku yang lain kerana aku telah membuat temujanji dengan diorang untuk menghadiri majlis kahwin kawan aku nie. Kami bertolak pada pukul 10 pagi lebih dengan menaiki VIOS kepunyaan member aku yang agak comel comel keperibadian beliau. Aku ni menumpang glemer kawan-kawan jer.. hehehe...

Kemudian kami berkumpul di Kota Damansara, kalau tak silap dekat seksyen 4 dimana kawasan pejabat member aku yang nak kawin ni.. sampai kat situ terdapat ramai rombongan rupenya yang telah menunggu untuk bertolak dan nak berkonvoi dengan kami semua. Terdapat lebih 6 buah kereta semuanya berkonvoi semasa dalam perjalanan tersebut. Yang aku kenal cume budak2 yang aku tumpang jer... yang konvoi lain-lain tuh tak kenal sangat sebab diorang nie ofis mate member aku yang nak kawin ni.

Photobucket

keseronokkan menumpang terserlah



Setibanya kat situ, kami telah di jemput oleh tuan rumah@tuan punye majlis kenduri tersebut . Aku ngan member2 aku tanpa segan silu telah mencapai sebuah bentuk yang agak menarik di penglihatan mata kami iaitu PINGGAN. disebabkan perjalanan yang agak lama (lama sebab aku lambat sampai) Nasi minyak telah mendapat perhatian kami untuk dimasuki ke dalam usus masing-masing sambil ditemani nyanyian tetamu-tetamu pada majlis tersebut. Kebahagiaan terserlah pada mempelai yang telah selamat diijab kabulkan dengan ucapan tahniah kepada member aku yang kahwin ini. Tidak lupe juga terselah kebahagiaan kepada kami yang telah kekenyangan dengan makanan yang disediakan.

Photobucket

Tengah memulun hidangan diorang nie


Photobucket

Bergambar dengan Pengantin


Ketika di majlis tersebut jugalah aku dapat berjumpa dengan classmate2 aku yang dulu. Dah besar2 dah diorang nie.. ade yang kawin, ade yang berpasangan, ade yang macam tuh jugak.. hehehe.. kemudian kami pulang pada sebelah petangnya.

Photobucket

Mereka-mereka yang hadir


Photobucket

Bergambar selepas kekenyangan




Selepas tuh plak aku menemani ibuku yang ingin membeli keperluan dapurnya (biase la.. anak yang baik) di salah sebuah pasaraya yang diilhamkan dari jenama Teko (TESCO, yang peliknya kelaparan yang dialami seakan kembali dan selepas itu aku mendapati sepinggan mee claypot telah bermastautin di perutku.. hehehe.. tidak cukup dengan itu.. sebuah restauraunt yang berjenama M pun bermastautin di perutku juga.. sekian...

Photobucket

Kerakusan Berakhir



Photobucket

Third round punyer

0 comments: