Hang Out With My Friends

13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..


LANGKAH 2


Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..


LANGKAH 3


wa..wa..aaa


LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..


LANGKAH 5


Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..


LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..


LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..


LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…


LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..


LANGKAH 10


Hilangkan semua tekanan…


LANGKAH 11


pusingkan kepala…


LANGKAH 12


tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…


LANGKAH 13


Akhir sekali lakukan joget kucing…

————–

Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

Alam Mahsyar Itu Indahkah?

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


* 1. Pemimpin yang adil.
* 2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
* 3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
* 4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
* 5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
* 6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
* 7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.


p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal sahabat-sahabat sekalian.

Shekh Imron Hussein: Dasyhatnya Fitnah Dajal

Marilah kita hayati:


























SMALLVILLE SEASON 10 TRAILER

KAUM AAD

It seems to be qaum aad & Allah knows the best.


qoume AAD

Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered a skeletal remains of a human of phenomenal size. This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter , or in Arabic, 'Rab-Ul-Khalee'.

The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed. Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton.

wallahualam...





Amazing Trailer for DC Universe Online

Trailer bagi peminat-peminat game dari DC Comic.

CONTOH SURAT PENOLAKAN

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pihak
tuan bertarikh 31 April 2006.

2. Dengan ini saya menolak permohonan pihak tuan untuk menambah carta
organinsasi yang baru saya perolehi setelah tiga tahun. Memandangkan
keadaan semasa dan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini pihak tuan
adalah dinasihatkan supaya tidak membuat "window shopping" di akhir tahun.

3. Pihak tuan juga digalakkan "mengukur baju di badan sendiri" dan
"melihat cermin muka sendiri' akan diri tuan sebelum menilai saya. Pihak
saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah
bunyi-bunyian atau serangan terhadap "pihak ketiga" yang bukan termasuk
dalam senarai keperluan seperti yang disyaratkan pada perkahwinan pertama
pihak tuan.

4. Bagi masalah kerja lebih masa dan pantauan pihak tuan, untuk
maklumat pihak tuan saya tidak pernah menuntut elaun kerja lebih masa atau
pun bonus di akhir tetapi memandangkan komited saya terhadap organisasi
saya ingin menjadi yang terbaik dan terhebat. Oleh itu alasan pihak tuan
adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.


5. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin mengemukakan
rayuan terhadap permohonan ini pihak tuan haruslah mempertimbangkan
tindakan mahkamah dan dengan senyuman manis pihak tuan haruslah melepaskan
segalanya harta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan dari langit
sampai kebumi segala harta pihak tuan hendaklah diletakkan atas nama saya.





Sekian, terima kasih.



"BERKORBAN DEMI ALLAH BUKAN NAFSU SEMATA"


"BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA"



………T.T………..
( Isteri bin Perempuan )
Penolong Pengarah Dapur


s.k. Pak Mertuaku
Mak Mertuaku
Abang dan kakak iparku

GREEN LANTERN.. 2011

Movie terbaru daripada adaptasi komik DC COMIC/WARNER BROS yang menampilkan Ryan Reynolds sebagai Hal Jordan/Green Lantern, Blake Lively sebagai Carol Ferris, Mark Strong sebagai Sinestro dan Peter Sarsgaard sebagai Hector Hammond.




Karangan mengenai burung dan kereta...

ke hadapan adinda burung yang sedang terbang gembira di awang – awangan, apa khabar adinda burung? sihat? cukup makan?

kekanda di sini baik – baik sahaja, pagi pergi kerja, petang balik rumah, kalau kekanda lapar, kekanda makan. kalau kekanda mengantuk, kekanda tidur. kalau kekanda sakit perut nak berak, kekanda berak. kalau kekanda horny, kekanda jadi tak keruan. macam orang lain juga, menjalani kehidupan normal. di sini kekanda ingin membuat teguran membena terhadap adinda burung, kerana mungkin adinda tidak sedar, kadang – kadang perbuatan adinda burung membuat kekanda rasa marah, kadang – kadang sehingga tahap mencarut dalam bahasa tagalog. itu memang marah betul punya, “takdak kasian” kata orang.

kenapakah adinda burung gemar dan berahi benar untuk berak secara rawak? kerapkali kekanda lihat adinda dan kawan² burung adinda yang lain membuat perangai tak senonoh dan tak semenggah itu. rasa macam nak sumbat mercun dalam dubur adinda dan kawan², tahu? apakah adinda dan kawan² burung adinda tidak ada perasaan malu? sudahlah berak secara semberono, berak sambil terbang pula (just because you can, doesn’t mean you have to do it).

hish, takkanlah adinda tidak boleh berhenti di mana – mana R&R atau tandas untuk berak secara sopan? kalau tak ada duit syiling untuk bayaran masuk tandas, kekanda boleh belanja. kekanda marah bukan apa, cuma kekanda cukup kecewa apabila kekanda melihat ada “saguhati” atas kereta kanda setiap kali kekanda parking di kawasan terbuka. adakah saguhati itu dari adinda? atau dari kawan² burung adinda?

seronok ke adinda dan kawan² dapat “menembak tepat” kereta – kereta orang yang tak bersalah? best tak? best tak? kekanda tak rasa best pun. tahukah adinda burung, tahi adinda dan kawan² adinda adalah berasid. asid, tahu tak?

tahi adinda boleh merosakkan kecantikan kereta kekanda, kerana tahi adinda yang berasid itu akan mengakis cat kereta kanda jika dibiarkan lama – lama, lebih lebih lagi jika hari cuaca panas, tahi adinda “masak” dan melekat, sumpah susah betul nak cuci. nak tunggu adinda tolong cuci? huh khak ptuih, jangan haraplah. cuba kalau kekanda baling tahi kepada adinda, seronok tak rasa – rasanya? ataupun I let you have a taste of your own medicine, iaitu kekanda pula yang berak atas kepala adinda (sebab adinda tak ada kereta), agak – agak gembira tak adinda?

sudahlah dinda, menyampah pulak kekanda memikirkan masalah perangai keji adinda. kawan² adinda pun sama, berak merata! benci! buat pengetahuan adinda, kekanda kini menyimpan sumpit dalam kereta kekanda. kalau ada kawan² adinda yang mati kena tembak, haa itu kerja kekanda lah.

mungkin kalau ada jodoh, adinda akan mati disumpit oleh kekanda. waktu itu, apabila adinda merasa keperitan damak beracun menembusi dada, barulah adinda akan menyesal tak sudah kerana ingkar nasihat kekanda. mahukah adinda mati hanya disebabkan oleh secirit tahi. atau pun, mati terberak kerana disumpit. bukan kah sungguh hina dina jika adinda mati terberak? lebih hina daripada tahi itu sendiri. ya, adinda fikir – fikir, renung – renungkanlah. keji dowh mati berlumuran tahi! euwwww~!

yang benar, Kekanda...

Animation Montage

Animation montage yang aku try buat

MAYANG SARI RESORT

Kat sini aku letak gambar-gambar aku bercuti kat port dickson di resort Mayang Sari.. kalau korang nak dapat diskaun 10% untuk menetap kat sini korang leh contact aku untuk buat reservation untuk resort apartment 2 bilik.. bilik die theme bali style..sebab aku merupakan seorang join owner kat sini.. kire aku beli sebahagian hak milik apartment 2 bilik seunit di sini.. so bagi sesiapa yang nak holiday tuh leh la try.. branch die ade kat seluruh malaysia bukan setakat kat pd jer.....

rate harga asal melalui kaunter:

2 bed rooms

weekdays: RM210
weekend: RM370
peak: RM410
superpeak: RM450

kalau ikut harga aku...leh runding...




Dari bilik Utama dan bilik kedua..





Dari ruang tamu



Dapur dan Pemandangan dari jendela



View Resort tersebut yang berhadapan dengan Laut



swimming pool disediakan serta kemuadahan riadah



Pemandangan dari tepi Pantai dan Pintu masuk




Transformers Dance

nih time aku candid anak buah aku..hehehe

SAKIT PINGGANG DAN INSPECTION

Awal pagi tadi, pinggang aku terseliuh bagai nak gile tak dapat nak bergerak ke mana-mana.. aku dah tersalah urat kat pinggang rase macam orang salah bantal kat leher tapi ni kat pinggang.. dalam pikiran aku nak buat macam mane la agaknye sebab petang nanti aku ade inspection kat Kuala Langat. Disebabkan hal ini aku masuk lewat ke opis sebab susah aku nak drive ke opis... kang ape ape hal naya plak.. selepas aku diurut mak aku.. aku dah reda seket tapi still sakit lagi... akhirnya aku gagahkan diri untuk ke opis untuk amik drawing reference utk ke site nanti then terus ke site.. Memang aku berjalan pun tak betul macam orang tue dah... memang urat aku kat pinggang ni macam kene tarik kuat-kuat.. alahai... sakit gile.. dah berkeping2 koyok ditampal kat belakang badan aku ni... koyok berjenama cili.. panas die bukan main lagi...

Time drive melalui MMR2 belakang aku makin sakit apabila jem teruk sepanjang jalan tersebut. Memang azab dan aku sampai kat site pun lambat.Bile dah sampai kat site, sakit aku semakin berkurang dan aku tengok pihak IWK, authority untuk inspect tuh dah sampai awal.. macam biase inspection dilakukan dan lepas tuh aku pun kontrol cara jalan aku tuh macam tak sakit ape ape walhal jalan macam org tue sebab tahan sakit... akhirnya selesai gak inspection aku..


Inspection proses


Dalam perjalanan balik lak aku dgr lagu ni kat radio sebab cara die nyanyi agak unik... korang leh la try dgr kat v clip bawah ni...


Kantoi oleh Zee Avi


ni plak movie baru adaptasi dari katun avatar.. ala.. yang slalu kuar kat tv9 dulu2 tuh...


The Last Airbender a.k.a Avatar

MAMAK DAN TEKNOLOGI

Hari ni dengan tak disangka-sangka member aku ajak lepak makan claypot sempena menyambut hari beliau yang sedang bosan.. aku yang agak bosan juga telah menyambut cabaran beliau dengan yakin sekali dan kami memesan claypot yang agak sedap dipandang dan ditelan.. selang beberapa minit selepas itu perut kami telah dipenuhi. Tidak cukup dengan itu kami berhijrah pula ke restorent mamak yang berdekatan sebab time makan claypot tuh kami tak order air langsung so ade alasan arr nak lepak tempat lain lak.. .. setelah sampai destinasi yang di tuju, aku agak kagum apabila pekerja2 disitu mengambil order dengan menggunakan PDA .. sememangnya kedai2 mamak sudah moden waktu ini.. sekian.. tatau nak tulis apa dah... padayapa!!!


budak ni suke main tolak tolak troli pasaraya





makan mende nie lagi

MOOD TRANSFORMERS

Memandangkan minggu nie movie transformers dah nak kuar, aku terdengar soundtrack dari Linkin Park yang bertajuk New Divide nie dari blog www.aiza89.blogspot.com ... mmg layan lagu die.. Dan dengan itu gak aku dah booking awal2 untuk nengok citer ni kat Mid melalui e-payment sebab diorang dah open booking 7 hari lebih awal untuk mengelakkan kesesakan... so nanti takyah berebut2 nak beratur.. hidup mudah dengan teknologi..




NEW DIVIDE-LINKIN PARK OST TRANSFORMERS


remembered black skies, the lightning all around me

I remembered each flash as time began to blur

Like a startling sign that fate had finally found me

And your voice was all I heard that I get what I deserve


So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean

Let the floods cross the distance in your eyes

Give me reason to fill this hole, connect the space between

Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide


There was nothing in sight but memories left abandoned

There was nowhere to hide, the ashes fell like snow

And the ground caved in between where we were standing

And your voice was all I heard that I get what I deserve


So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean

Let the floods cross the distance in your eyes across this new divide


In every loss, in every lie, in every truth that you'd deny

And each regret and each goodbye was a mistake too great to hide

And your voice was all I heard that I get what I deserve


So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean

Let the floods cross the distance in your eyes

Give me reason to fill this hole, connect the space between

Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide

Across this new divide, across this new divide

MAJLIS KAHWIN

Tarikh pada 13 jun 2009 adalah tarikh yang sangat istimewa bagi member aku sorang nie... beliau telah selamat kahwin dengan pasangannya di Kuala Selangor. Seawal pagi lagi aku dibangunkan (note: dibangunkan yer..) oleh member aku yang lain kerana aku telah membuat temujanji dengan diorang untuk menghadiri majlis kahwin kawan aku nie. Kami bertolak pada pukul 10 pagi lebih dengan menaiki VIOS kepunyaan member aku yang agak comel comel keperibadian beliau. Aku ni menumpang glemer kawan-kawan jer.. hehehe...

Kemudian kami berkumpul di Kota Damansara, kalau tak silap dekat seksyen 4 dimana kawasan pejabat member aku yang nak kawin ni.. sampai kat situ terdapat ramai rombongan rupenya yang telah menunggu untuk bertolak dan nak berkonvoi dengan kami semua. Terdapat lebih 6 buah kereta semuanya berkonvoi semasa dalam perjalanan tersebut. Yang aku kenal cume budak2 yang aku tumpang jer... yang konvoi lain-lain tuh tak kenal sangat sebab diorang nie ofis mate member aku yang nak kawin ni.

Photobucket

keseronokkan menumpang terserlah



Setibanya kat situ, kami telah di jemput oleh tuan rumah@tuan punye majlis kenduri tersebut . Aku ngan member2 aku tanpa segan silu telah mencapai sebuah bentuk yang agak menarik di penglihatan mata kami iaitu PINGGAN. disebabkan perjalanan yang agak lama (lama sebab aku lambat sampai) Nasi minyak telah mendapat perhatian kami untuk dimasuki ke dalam usus masing-masing sambil ditemani nyanyian tetamu-tetamu pada majlis tersebut. Kebahagiaan terserlah pada mempelai yang telah selamat diijab kabulkan dengan ucapan tahniah kepada member aku yang kahwin ini. Tidak lupe juga terselah kebahagiaan kepada kami yang telah kekenyangan dengan makanan yang disediakan.

Photobucket

Tengah memulun hidangan diorang nie


Photobucket

Bergambar dengan Pengantin


Ketika di majlis tersebut jugalah aku dapat berjumpa dengan classmate2 aku yang dulu. Dah besar2 dah diorang nie.. ade yang kawin, ade yang berpasangan, ade yang macam tuh jugak.. hehehe.. kemudian kami pulang pada sebelah petangnya.

Photobucket

Mereka-mereka yang hadir


Photobucket

Bergambar selepas kekenyangan




Selepas tuh plak aku menemani ibuku yang ingin membeli keperluan dapurnya (biase la.. anak yang baik) di salah sebuah pasaraya yang diilhamkan dari jenama Teko (TESCO, yang peliknya kelaparan yang dialami seakan kembali dan selepas itu aku mendapati sepinggan mee claypot telah bermastautin di perutku.. hehehe.. tidak cukup dengan itu.. sebuah restauraunt yang berjenama M pun bermastautin di perutku juga.. sekian...

Photobucket

Kerakusan Berakhir



Photobucket

Third round punyer

Inspection yang dikenselkan

Hari ni aku bangun lebih awal daripada hari-hari yang lain. Sebab aku telah membuat temujanji ngan pihak Indah Water Konsortium atau nama pendeknya IWK untuk buat inspection.. berkali-kali alarm di hanset aku berbunyi.. berat juga mate aku rasakan untuk dibuka kerana aku ni kadang2 bukan morning person tapi mengenangkan bahawa ade tugas yang perlu ditugaskan.. aku tabahkan hati juga bangun.. lepas dah siap-siap dah hensem2 dah sikat2... hanset aku berbunyi beep beep, aku buka msg tersebut.. skali inspection dikanselkan .. aih.. dah siap-siap kene kansel la plak.. nampaknye kene buat hari lain la plak ni nanti...

Dan pada waktu yang lain pula di hari yang sama.. macam biase aku membuat tugas-tugas di opis.. membuat calculation untuk water reticulation untuk permohohan pihak Syabas.. macam-macam spesifikasi yang perlu dipatuhi ketika merekabentuk jajaran paip ke setiap unit rumah untuk sesuatu tapak projek... dan setibanya waktu pulang tiba.. kepeningan aku dihentikan sementara untuk menghirup udara segar ketika pulang... hehehe... dan bermula la cuti hujung mingguku yang entah seronok ke entah idak..



Masa pulang pulak aku mendapai langit tidak begitu cerah dan di tambah dengan jerebu yang melanda bandaraya kuala lumpur dan petaling jaya.. sejurus di pertengahan jalan hujan mula merintik-rintik yang sememangnya menyukarkan lagi perjalanan untuk pulang... setelah melihat buletin utama kat tv tige.. kawasan kl menghadapi jerebu yang agak teruk di atas faktor topografinya yang berada di lembah kot katenye si pengarah alam sekitar.. akhir kata... Jagalah Alam Sekitar

Kerja Oh Kerja

Hari ni aku dikehendaki pergi ke site meeting berhampiran ngan KLIA. Jauh perjalanan terpaksa ditempuhi kerana berdasarkan tanggungjawab yang diberi.. hehehehe..macam ayat dalam novel lak.. sampai kat sane macam biase la bincang2 ngan klient, arkitek, M & E consultant dan juga aku mewakili syarikat aku merangkap civil & structure consultant. Issue utama aku adalah berkaitan dengan authority JKR, Syabas dan IWK.. lepas bincang2 aku meninjau2 sket keadaan site yang dalam beberape peratus nak siap... sememangnya tugas yang diberi tidak mudah untuk diselesaikan walaupun dalam hati nak cepat selesai kerana ia melibatkan pihak yang lain. Lepas tuh aku pun balik, sememangnya post aku kali ni agak memboringkan dan hanya post untuk tangkap muat.. hehehe .. wasalam... (esok ade inspection kat site ni so kene bangun awal pagi kalau tak naya aku)....

Photobucket


memandu secara berbahaya ketika on the way ke site meeting

NEW CELLPHONE AND CAMERA - Habis 1K

Pada hari ni bertempat di Menara PGRM Cheras, berlangsungnya karnival gadget-gadget seperti hp and camera selama 4 hari dan terdapat sehingga 70% potongan harga untuk gadget2 tersebut. Pada mulanya memang berhajat nak beli camera tapi kat kawasan lain, tapi ntah cam mana terushar lak pamplet yang terselit2 yang tulis hari ni ade jualan murah. Lokasi yang diadakan hanyalah di sepanjang jalan lorong menara tersebut, tapi sememangnya terdapat banyak lelongan murah2.. kebanyakan barangan sememangnya mempromosikan hanset, kamera ngan service broadband. Dan disebabkan nafsu membuak-buak tgk gadget2 tersebut jugaklah, setan-setan dalam kepala aku mule menghasut aku menghabiskan duit untuk membeli sebijik kamera ngan hanset..hehe.. tapi not bad la gak.. dengan duit yang aku laburkan, aku dapat nilai barangan yang lebih jauh mahal dari harga yang asal dengan package2 tambahan yang tidak terdapat di pasaran luar. lepas ni bleh la aku bergaya sakan ngan gadget2 nie..hahahaha..(aku ni low profile jer ^_^)

70% off

Olympus FE-3010 ngan Hp 5.0 megapixel with TV and screen touch